Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Berjaya Tioman Resort terbakar, tiada terkorban

Sep 19, 2019 | 08:48 AM

PULAU TIOMAN - Dua blok bangunan yang menempatkan lapan bilik serta restoran di Berjaya Tioman Resort musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu (18 September).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kejadian pada 2.30 pagi itu disedari oleh kakitangan resort berkenaan, menurut laporan MyMetro.

Katanya, lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tioman dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bilik inap sebelum merebak ke dua bilik berhampiran.

“Kakitangan resort cuba memadamkan api namun tidak berjaya akibat api marak terlalu cepat sehingga memusnahkan bilik karaoke dan juga restoran,” katanya.

Menurut Encik Anuar, dua blok bangunan itu musnah sepenuhnya manakala restoran terbakar 90 peratus, mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar 9 pagi.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran, dan jumlah kerugian yang dialami. -Harian Metro.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian