Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

'Bersabarlah hadapi cabaran'

Presiden Turkey lawat zon gempa, gesa rakyat tabah; kerja cari mangsa diteruskan
Feb 10, 2023 | 05:30 AM



KAHRAMANMARAS (Turkey): Stadium bola sepak di bandar ini penuh dengan khemah untuk melindungi keluarga yang rumah mereka musnah akibat gempa bumi Isnin lalu.



Di luar, di mana orang ramai berhimpit dalam kereta atau di sekitar unggun api kecil untuk mengelakkan kesejukan yang menikam, kakitangan perubatan dan anggota penyelamat bergelut untuk mengeluarkan mangsa yang masih hidup dan mati dari runtuhan bangunan pangsapuri yang runtuh.



Mayat yang diusung ke gimnasium berbumbung dan dibaringkan di atas lantai.



Keluarga yang mencari orang tersayang giat memeriksa setiap jasad untuk melihat wajah korban, lapor The New York Times semalam.



Mereka terus melangkah jika tidak mengenali mayat itu dan menangis hiba apabila menemui mayat orang tersayang yang menjadi mangsa bencana alam terburuk sejak beberapa dekad lalu.



Di stadium bola sepak ini, di bandar Kahramanmaras yang musnah, di selatan Turkey, Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, membuat penampilan pertamanya kelmarin di zon yang dilanda gempa bumi itu.



Beliau mengakui beratnya krisis yang dihadapi dan menyeru rakyatnya agar tabah menghadapi cabaran ini.



"Kita berhadapan dengan bencana besar," katanya.



"Rakyatku, rakyatku sentiasalah bersabar. Saya pasti bangsa saya akan menunjukkan kesabaran lagi."



Tetapi persoalannya ialah berapa lama kesabaran itu akan bertahan?



Jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkey sudah melepasi 12,000 orang, lapor agensi Anadolu memetik sebuah agensi pemerintah semalam.



Menurut Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Turkey, seramai 12,391 orang terkorban manakala 62,914 yang lain cedera dalam gempa bumi yang berlaku pada Isnin lepas dan berpusat di wilayah Kahramanmaras.



Wilayah lain di selatan dan timur Turkey yang turut terjejas termasuk Gaziantep, Hatay, Osmaniye, Adiyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis.



Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter itu.



"Kami telah menggerakkan semua sumber yang ada. Negara ini bekerjasama dengan majlis perbandaran terutamanya AFAD," kata Encik Erdogan ketika meninjau misi bantuan di Kahramanmaras kelmarin.



Lebih 13 juta orang turut terjejas akibat gempa bumi ini.



Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan akan menyampaikan bantuan kilat awal minggu depan untuk menyokong keperluan kemanusiaan di Turkey, kata Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, selepas menandatangani buku takziah di Rumah Turkey di New York, Amerika Syarikat kelmarin.



Encik Guterres bertemu dengan Duta Turkey ke PBB, Encik Feridun Sinirlioglu, bagi menyampaikan ucapan takziah.



Beliau berkata, PBB juga telah menghantar ketua bantuan kecemasan, Encik Martin Griffiths, ke Turkey.



"Martin Griffiths berada di Gaziantep. Beliau juga akan ke Aleppo dan kami cuba sebaik mungkin untuk menggerakkan bantuan PBB," kata Encik Guterres.



Sementara itu, data Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan gempa bumi yang menggegarkan bahagian tenggara Turkey dan barat daya Syria itu adalah sangat besar dan kuat.



Dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud melanda daerah Pazarcık dan Elbistan, pada Isnin lalu di wilayah Kahramanmaras.



Gempa bumi itu turut tersenarai antara bencana yang berlaku dalam kategori kuat, selain yang melanda beberapa negara lain iaitu Chile, Amerika dan Jepun sebelum ini.



Gempa bumi paling kuat dicatatkan dalam sejarah adalah pada magnitud 9.5 yang pernah menggegarkan Chile pada 1960.



Empat tahun kemudian, gempa bumi dengan magnitud 9.1 pula melanda wilayah Alaska di Amerika.



Tohoku di Jepun juga digegarkan dengan gempa berukuran 9 pada skala Richter pada 2011. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >