Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersatu: Muhyiddin sah sebagai pemangku pengerusi parti

Jun 5, 2020 | 12:50 PM
KETUAI PARTI: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malam tadi mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti yang sah.
KETUAI PARTI: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malam tadi mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti yang sah. - - Foto: REUTERS

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malam tadi membuat keputusan mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti yang sah.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan MPT itu dibuat selaras dengan Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan itu pada 24 Februari lalu.

"MPT menyokong dan memberikan mandat penuh terhadap kepemimpinan Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan selepas dilantik Yang di-Pertuan Agong berlandaskan perlembagaan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, MPT turut mengesahkan keahlian Dr Mahathir dan empat Ahli Parlimen dalam parti terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan BERSATU.

Empat lagi Ahli Parlimen itu adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam). - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg