Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bersatu, PAS bekerjasama siap sedia hadapi pilihan raya

Kenyataan bersama tingkat spekulasi PAS ketepikan Umno, pertaruh masa depan dengan Bersatu
Apr 02, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersiap sedia mengatur persiapan rapi bagi mendepani pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu berkata biarpun masa pilihan raya itu belum diketahui, komitmen PAS untuk bersama PN bagi menghadapi pilihan raya itu adalah bukti setia kawan yang tinggi antara dua parti itu.



"Kita melihat ke hadapan untuk membuat persiapan dalam pilihan raya. Ini penting.



"Kerjasama yang ada antara Bersatu dan PAS sebagaimana kenyataan rasmi dikeluarkan amat dialu-alukan...



"Ini menunjukkan semangat setia kawan untuk bergerak ke hadapan, supaya terbentuknya satu bentuk jalinan kerjasama yang kukuh antara Bersatu dengan PAS," katanya.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan dua parti itu kelmarin ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Bersatu dan PN Johor kelmarin.



Dalam kenyataan bersama itu, Bersatu dan PAS mengatakan mereka akan bekerjasama rapat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan menolak "penjajaran baru" parti lain, secara tidak langsung mengetepikan Umno.



Kenyataan bersama oleh Bersatu dan PAS itu telah meningkatkan spekulasi bahawa parti Islam itu mungkin meninggalkan sekutunya Umno dan mempertaruhkan masa depannya dengan Bersatu.



"Bersatu dan PAS akan terus memperkuat kerjasama dalam PN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15)," kata kenyataan bersama dua parti itu.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan rakan sejawatnya dari Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam kenyataan itu juga berkata dua parti itu sentiasa komited memperkukuh penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep terbabit.



Jelas mereka, dua parti berkenaan menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang sedia terjalin dan percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama.



"Selepas mengikuti senario mutakhir politik negara, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengadakan pertemuan Selasa lalu bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam PN.



"Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan PN dalam membela kebajikan rakyat dan bagi menangani Covid-19, kepimpinan tertinggi PAS dan Bersatu bersetuju dengan ketetapan asas seperti berikut," menurut kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu lagi, PAS dan Bersatu selaku parti pengasas utama PN akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.



Katanya, segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan semua parti komponen.



Biar demikian seorang pemimpin PAS berkata parti itu masih mahu mengekalkan pendirian untuk berdamai dengan Umno.



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu selaras dengan pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kerjasama itu lebih membawa manfaat kepada semua.



"Kita ikut pendirian yang ditetapkan presiden, kita tetap lakukan usaha damai sebab berdamai sangat penting untuk kebaikan ummah dan perpaduan.



"Hari ini kita masih terkesan dengan pandemik Covid-19, kita berilah keutamaan selesaikan masalah ini kerana yang lebih penting adalah dapat pulihkan semula ekonomi negara dan kesihatan rakyat," katanya pada sidang media, semalam.



Perhimpunan agung Umno pada Ahad lalu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya akan datang. - BHM, ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >