Bersatu tolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Bersatu tolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi

Feb 25, 2020 | 02:55 PM

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, kata setiausaha agung parti Datuk Marzuki Yahya.

"Bersatu juga telah memutuskan untuk menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri, ini keputusan yang jelas," katanya kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat khas selama dua jam di ibu pejabat Bersatu yang berakhir pada awal pagi Selasa (25 Februari).

Datuk Marzuki juga berkata bahawa keputusan untuk keluar daripada Pakatan adalah sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi Bersatu.

Ditanya apakah pengaturan politik kontroversial baru yang digelar "Pakatan Nasional" sebenarnya akan berlaku, Datuk Marzuki hanya berkata "Setakat ini, tidak".

Pakatan Nasional adalah gabungan yang dicadangkan yang terdiri daripada Bersatu, Umno, Parti Islam SeMalaysia (PAS), parti-parti Malaysia Timur, serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpihak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mantan timbalan presiden parti itu.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sementara itu, Datuk Marzuki juga menafikan ada pengunduran beramai-ramai oleh Anggota Parlimen Bersatu.

Beliau berkata parti itu masih utuh meskipun terdapat spekulasi bahawa beberapa pemimpinnya akan meletak jawatan bagi menentang keputusan Bersatu untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

"Kami menafikannya sekeras-kerasnya - tidak ada seorang AP atau pemimpin Bersatu yang akan meletak jawatan daripada Bersatu.

"Malah, kami masih utuh, kami telah membina parti ini dan kami akan mengharungi apa-apa cabaran atau halangan," katanya.

Keputusan Bersatu untuk keluar daripada Pakatan diumumkan oleh presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin (24 Feb). - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map