Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Betapa ia membimbangkan

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Varian baru pandemik koronavirus SARS-CoV-2 kini sedang merebak pantas di Britain dan menyebabkan keprihatinan besar dalam kalangan negara jirannya di Eropah, dengan ada yang telah memutuskan hubungan pengangkutan.



Varian baru itu, yang dirujuk sebagai baka B.1.1.7 oleh beberapa pakar, bukan varian virus pandemik baru yang pertama muncul, namun ia dikatakan sehingga 70 peratus lebih mudah berjangkit daripada varian dominan sebelum ini di United Kingdom (UK).



ADAKAH KEPRIHATINAN MEREKA BERASAS?



Ramai saintis berkata ya. Varian baru itu semakin cepat menjadi jenis dominan dalam kes-kes Covid-19 di beberapa bahagian selatan England, dan telah dikaitkan dengan kenaikan dalam kadar individu yang dimasukkan ke hospital, terutamanya di London dan wilayah bersebelahan, Kent.



Meskipun ia kali pertama dilaporkan di Britain pada September lalu, 62 peratus kes Covid-19 adalah disebabkan varian baru itu menjelang minggu 9 Disember di London. Ini berbanding 28 peratus kes tiga minggu sebelum itu.



Pemerintah Australia, Italy dan Belanda berkata mereka telah mengesan kes varian baru itu. Ia dikenal pasti di Belanda pada awal bulan ini.



Beberapa kes Covid-19 dengan varian baru itu juga dilaporkan kepada ECDC, agensi pemantauan penyakit Eropah, oleh Iceland dan Denmark. Laporan media di Belgium turut berkata kes tersebut juga dikesan di sana.



"Memang wajar memandang serius perkara ini," kata Encik Peter Openshaw, profesor perubatan eksperimental di Imperial College London.



Encik Shaun Fitzgerald, profesor pelawat di Universiti Cambridge, berkata keadaan itu "amat membimbangkan".



KENAPA?



Keprihatinan utama adalah varian itu jauh lebih mudah berjangkit berbanding jenis asalnya. Ia mempunyai 23 mutasi dalam kod genetiknya - jumlah perubahan yang agak tinggi - dan beberapa daripadanya menjejas keupayaannya merebak.



Saintis berkata ia sekitar 40 peratus hingga 70 peratus lebih mudah berjangkit. Pemerintah UK berkata ia boleh meningkatkan pembiakan kadar "R" - iaitu cara menilai keupayaan koronavirus atau mana-mana penyakit merebak - sebanyak 0.4.



Ini bermakna penularannya lebih cepat di Britain, menjadikan pandemik di situ lebih sukar dikawal dan meningkatkan risiko ia juga akan menular dengan pantas di negara lain.



"B.1.1.7 baru... nampaknya masih memiliki keupayaan menyebabkan kematian manusia yang dimiliki jenis asal, namun dengan keupayaan dipertingkat untuk merebak," kata Encik Martin Hibberd, profesor penyakit berjangkit baru di Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropika London.



BOLEHKAH VAKSIN COVID-19 MEMBERI PERLINDUNGAN?



Saintis berkata tiada bukti bahawa vaksin yang digunakan di UK sekarang - dibuat Pfizer-BioNtech - atau vaksin Covid-19 lain yang sedang dibangunkan tidak akan memberi perlindungan terhadap varian itu.



"Tidak mungkin ini akan memberi kesan yang lebih daripada kecil, jika ada, terhadap keberkesanan vaskin," kata Encik Adam Finn, pakar vaksin dan profesor pediatrik di Universiti Bristol.



Ketua penasihat saintifik Britain, Encik Patrick Vallance, juga berkata vaksin Covid-19 kelihatan mencukupi dalam menjana respons imun terhadap varian koronavirus itu.



"Kami tidak melihat... sebarang perubahan besar dalam protein pepaku (spike protein) yang akan mengurangkan keberkesanan vaksin sejauh ini," kata Encik Julian Tang, profesor dan pakar virologi klinikal di Universiti Leicester.



ADAKAH VARIAN BARU MENJEJAS UJIAN?



Setakat tertentu, ya.



Salah satu mutasi dalam varian baru itu menjejas satu daripada tiga sasaran genom yang digunakan beberapa ujian reaksi rantai polimerase (PCR). Ini bermakna bahawa dalam ujian tersebut, bidang sasaran itu, atau "saluran", akan kembali negatif.



Oleh sebab ujian PCR secara umumnya mengesan lebih daripada satu sasaran gen, bagaimanapun, mutasi dalam protein pepaku hanya menjejas sebahagian ujian itu, mengurangkan risiko keputusan negatif palsu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >