Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden angkat sumpah Presiden ke-46 AS

Jan 21, 2021 | 06:45 AM



WASHINGTON: Joe Biden telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung, John Roberts, di bangunan Capitol, Washington DC.



Terdahulu, Cik Kamala Harris, 56, selaku wanita pertama dan individu pertama berketurunan Asia Selatan yang dilantik sebagai Naib Presiden AS, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor.



Bekas Presiden AS Donald Trump, meninggalkan Washington tiga jam sebelum Biden mengangkat sumpah, sekali gus menjadi presiden pertama dalam 150 tahun yang tidak menghadiri majlis pelantikan penggantinya.



Encik Biden, yang juga bekas naib presiden AS dan Senator veteran, dilantik Presiden AS ke-46 di bangunan Capitol, lokasi sama penyokong Trump merusuh dua minggu lalu membantah keputusan pilihan raya presiden AS pada 3 November lalu.



Kemenangan ini adalah penantian 34 tahun bagi Encik Biden, yang kali pertama mencuba nasib bertanding bagi jawatan Presiden AS pada 1987 dan pada usia 78 tahun, beliau juga adalah Presiden AS yang tertua.



Namun, buat kali pertama dalam sejarah 200 tahun, upacara angkat sumpah Presiden AS dan Naib Presiden dipilih kurang meriah kerana kehadiran orang ramai terpaksa dihadkan berikutan pandemik Covid-19.



Laman di hadapan bangunan Capitol dihiasi kira-kira 200,000 bendera sebagai petanda simbolik menggantikan orang ramai yang tidak dapat dijemput bagi memeriahkan cara itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >