Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Biden bakal lawat Eropah bincang krisis Russia-Ukraine

Akan umum peruntukan AS$800 juta dalam bantuan keselamatan baru kepada Ukraine
Mar 17, 2022 | 05:30 AM



LVIV: Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, akan mengadakan lawatan sulung ke Eropah sejak Russia melancarkan perang ke atas Ukraine bagi membincangkan krisis yang berlaku dengan perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) minggu depan, kata Rumah Putih kelmarin sedang jumlah pelarian mencapai tiga juta orang akibat meningkatnya serangan udara tentera Moscow.



Russia sejauh ini belum menawan satu pun daripada 10 bandar terbesar di Ukraine menyusuli serangan yang bermula pada 24 Februari lalu, yang terbesar berlaku di sebuah negara Eropah sejak 1945.



Bagi membantu Ukraine, Encik Biden bakal mengumumkan peruntukan AS$800 juta ($1.08 bilion) dalam bentuk bantuan keselamatan baru kepada Ukraine, kata seorang pegawai Rumah Putih, semalam.



Perkara itu akan diumumkan selepas Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berucap di Kongres AS.



Beliau, yang enggan namanya didedahkan, berkata ia menjadikan jumlah bantuan diumumkan pada minggu lalu sahaja berjumlah AS$1 bilion ($1.36 bilion).



Encik Zelensky dijangka membuat rayuannya untuk mendapatkan lebih banyak bantuan dalam ucapan mayanya kepada Kongres hari ini, ketika beberapa penggubal undang-undang AS mendesak Rumah Putih mengambil tindakan lebih keras terhadap pencerobohan Russia.



Encik Biden sebelum ini sudah meluluskan bantuan AS$200 juta ($272.46 juta) dalam bentuk peralatan ketenteraan tambahan ke Ukraine pada Sabtu lalu.



Ia hadir menerusi peruntukan lebih AS$350 juta ($476.81 juta) diluluskan Washington, untuk tujuan peralatan ketenteraan pada 26 Februari lalu - pakej terbesar dalam sejarah AS.



Pegawai Rumah Putih itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai apa yang akan dimasukkan dalam bantuan keselamatan AS$800 juta ($1.08 bilion) yang akan diumumkan nanti.



Namun beliau berkata, pada tahun lalu sahaja, AS menyediakan lebih 600 peluru berpandu Stinger dan kira-kira 2,600 sistem Javelin ke Ukraine, bersama pelbagai sistem radar, helikopter, pelancar bom tangan, senapang dan peluru, serta peralatan lain.



"AS kekal sebagai penderma tunggal terbesar bantuan keselamatan kepada Ukraine," kata pegawai itu.



Rayuan Encik Zelensky untuk mendapatkan bantuan bagi mempertahankan negaranya daripada serangan maut Russia menjadi semakin terdesak, malah berulang kali menggesa Washington, Kesatuan Eropah (EU) dan Nato untuk mendapatkan perkakasan ketenteraan, termasuk pesawat serta zon larangan terbang.



Encik Biden bagaimanapun menolak zon larangan terbang dan memberi amaran bahawa ia akan mencetuskan bencana perang dengan Russia yang bersenjata nuklear.



Ucapan Encik Zelensky kepada ahli Kongres hari ini adalah yang kedua pada bulan ini sahaja, namun dilihat lebih terdesak berbanding pada 5 Mac, apabila beliau meminta pesawat buatan Russia dihantar kepada angkatan tentera udaranya.



Pencerobohan Russia ke atas Ukraine dikhuatiri akan menjejaskan keseluruhan ekonomi global dengan memperlahankan pertumbuhan dan menaikkan inflasi, serta secara asas boleh membentuk semula susunan ekonomi global dalam jangka panjang.



Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, di sebalik penderitaan manusia dan aliran pelarian bersejarah, perang meningkatkan harga makanan dan tenaga, menyemarakkan inflasi dan menghakis nilai pendapatan, sambil mengganggu perdagangan, rantaian bekalan dan pengiriman wang di negara jiran, Ukraine.



"Ia juga menghakis keyakinan perniagaan dan mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur yang akan menekan harga aset, mengetatkan keadaan kewangan dan boleh mencetuskan aliran keluar modal daripada pasaran yang baharu muncul.



"Konflik itu tamparan besar kepada ekonomi global yang akan menjejaskan pertumbuhan dan menaikkan harga," kata IMF melalui kenyataan di laman webnya kelmarin.



Pegawai IMF sudah pun menyatakan bahawa mereka menjangkakan untuk menurunkan unjuran pertumbuhan dana ekonomi global sebanyak 4.4 peratus pada 2022. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >