Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS DI AFGHANISTAN

Biden bertegas pada pendirian undurkan askar AS

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden mempertahankan keputusannya mengundurkan askar Amerika Syarikat dari Afghanistan kelmarin sambil berkata sudah tiba masa mereka berundur selepas 20 tahun.



"Saya presiden Amerika Syarikat dan saya katakan cukup," kata Encik Biden dalam ucapan yang ditunggu-tunggu dari Rumah Putih.



Sedang laporan mengenai keadaan kelam-kabut berlaku di Kabul, ibu kota Afghanistan, Presiden Amerika itu menambah bahawa beliau "sangat sedih" dengan apa yang berlaku dan berjanji akan "bersuara" mengenai hak asasi wanita selepas puak Taleban kembali berkuasa.



Namun, Encik Biden bertegas beliau tidak menyesal mengundurkan askar Amerika - walaupun terdapat banyak kritikan terhadap kekacauan yang berlaku selepas tamatnya campur tangan ketenteraan Washington di Afghanistan selama dua dekad.



"Saya bertegas dengan keputusan saya," kata Encik Biden. "Setelah 20 tahun, saya belajar melalui cara yang sukar bahawa tidak pernah ada waktu yang tepat untuk mengundurkan askar Amerika."



Bercakap kepada rakyat Amerika dari Bilik Timur setelah kembali ke Rumah Putih dari Kem David, Encik Biden menambah bahawa beliau tidak menyesal dengan keputusan mengakhiri perang terpanjang dalam sejarah Amerika.



Bagaimanapun, beliau menyesal sokongan selama dua dekad yang diberikan Amerika gagal memperkasa tentera Afghanistan untuk menjamin keselamatan dan keamanan di negara itu.



"Kami memberi mereka setiap alat yang mereka perlukan. Kami membayar gaji mereka. Menyediakan kos menyenggara kapal terbang mereka," kata Biden.



"Kami memberi mereka setiap kesempatan untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Apa yang tidak dapat kami berikan adalah semangat untuk memperjuangkan masa depan itu."



Presiden Amerika itu turut mendedahkan bahawa pemerintah Afghanistan runtuh lebih cepat daripada yang beliau jangkakan, sehingga beliau membuat andaian bahawa mereka tidak memiliki kemahuan menentang Taleban.



"Sebenarnya, ia berlaku lebih pantas daripada yang kami jangka," kata beliau.



Encik Biden juga menolak kritikan daripada sekutu dan musuh Amerika dengan menegaskan bahawa pentadbirannya telah menjangka kemungkinan pengambilan alih Taleban yang cepat.



Beliau juga berasa bangga diplomat dan warga Amerika lain telah dibawa keluar ke tempat yang secara relatif lebih selamat di lapangan terbang.



"Pemimpin politik Afghanistan telah menyerah dan melarikan diri dari negara itu," ujar Encik Biden, sambil menuduh tentera pemerintah meletakkan senjata setelah dua dekad berlatih di bawah bimbingan Amerika dan sokongan sumber peralatan bernilai berbilion dolar.



"Apapun, perkembangan yang berlaku minggu lalu menguatkan langkah bahawa mengakhiri pelibatan askar Amerika di Afghanistan sekarang adalah keputusan yang tepat."



Menurut Encik Biden, Presiden Ashraf Ghani, yang melarikan diri dari Afghanistan pada hujung minggu, gagal menepati janji bahawa tentera Afghanistan bersedia mempertahankan negara itu setelah askar Amerika yang terakhir berundur.



"Encik Ghani menegaskan pasukan Afghanistan akan bertempur, tetapi jelas beliau silap," ujar Encik Biden.



Namun, beliau mengulangi objektif Amerika di Afghanistan pada dasarnya adalah mencegah serangan pengganas ke atas Amerika dan bahawa Washington akan terus "bertindak cepat dan tegas" terhadap ancaman pengganasan yang timbul dari negara itu.



"Misi (Amerika) di Afghanistan bukan pembangunan negara" katanya. - Agensi berita.




PENDIRIAN PRESIDEN JOE BIDEN

"Saya presiden Amerika Syarikat dan saya katakan cukup. Saya bertegas dengan keputusan saya...

Setelah 20 tahun, saya belajar melalui cara yang sukar bahawa tidak pernah ada waktu yang tepat untuk mengundurkan askar Amerika.

... Misi (Amerika) di Afghanistan bukan pembangunan negara".

- Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >