SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Biden bidas Trump hasut rusuhan

Biden bidas Trump hasut rusuhan

Jan 9, 2021 | 5:30 AM

Biden bidas Trump hasut rusuhan

KECAM RUSUHAN: Presiden Dipilih Joe Biden mengutuk tindakan Encik Trump yang mendorong penyokongnya untuk tidak menerima kekalahan pada pilihan raya presiden, yang akhirnya mencetuskan tunjuk perasaan ganas dan rusuhan di bangunan Capitol. - Foto REUTERS
KECAM RUSUHAN: Presiden Dipilih Joe Biden mengutuk tindakan Encik Trump yang mendorong penyokongnya untuk tidak menerima kekalahan pada pilihan raya presiden, yang akhirnya mencetuskan tunjuk perasaan ganas dan rusuhan di bangunan Capitol. - Foto REUTERS -

WILMINGTON (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden, membidas tindakan Encik Donald Trump yang mendorong kepada insiden yang mencetuskan 'detik paling hitam' dalam sejarah negara itu.

Encik Biden mengecam Encik Trump kerana terpalit dengan rekod buruk itu dan mendakwa anggota Republikan itu melakukan serangan terhadap institusi demokrasi Amerika sejak dari mula tempoh pentadbiran presidennya selama empat tahun.

Beliau juga mengutuk tindakan Encik Trump yang mendorong penyokongnya untuk tidak menerima kekalahan pada pilihan raya presiden yang berlangsung November lalu, yang akhirnya mencetuskan tunjuk perasaan ganas dan rusuhan di bangunan Capitol.

Dalam kejadian tersebut, ratusan penyokong Trump memusnahkan rintangan dan pintu sebelum akhirnya menceroboh bangunan Capitol - tindakan julung kalinya pernah berlaku yang ditayangkan secara langsung di televisyen.

"Kejadian itu pada pandangan saya adalah detik paling hitam dalam sejarah negara kita, serangan yang belum pernah terjadi sebelum ini terhadap demokrasi kita," kata Encik Biden.

Beliau juga menuduh pihak berkuasa terlalu berlembut terhadap penyokong Encik Trump berbanding penunjuk perasaan antiperkauman yang dipaksa bersurai oleh pihak polis di Washington dan beberapa bandar lain pada tahun lalu.

Bantahan antiperkauman di Washington khususnya disambut dengan tindakan tegas oleh kumpulan besar pihak penguatkuasa undang-undang persekutuan dan Pengawal Nasional.

"Tiada siapa yang boleh beritahu saya jika kumpulan tunjuk perasaan itu ialah 'Black Lives Matter', pasti mereka tidak akan diperlakukan dengan cara yang sangat berbeza berbanding penjahat yang menyerang Capitol.

"Kita tahu semua itu benar dan ia tidak boleh diterima, " katanya.

Serangan di Capitol, di mana Encik Biden sebelumnya berkhidmat selama beberapa dekad sebagai senator, berlaku dua minggu sebelum beliau bakal dirasmikan sebagai presiden negara itu, setelah memenangi pilihan raya presiden pada 3 November, mengalahkan Encik Trump.

Encik Trump dan penyokongnya masih menyatakan, tanpa bukti, bahawa kemenangan Encik Biden adalah kerana penipuan besar-besaran semasa pilihan raya itu. - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg