Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden gesa larangan senjata api selepas satu lagi kes tembakan di AS

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



BOULDER: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menggesa negara itu melarang penggunaan senjata api, selepas insiden tembakan kedua dalam tempoh seminggu di Colorado yang meragut 10 nyawa.



Encik Biden, yang menyentuh isu pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata api di sekolah, kelab malam, panggung wayang dan kawasan awam lain, berkata beliau enggan menunggu lagi untuk mengambil langkah wajar yang bakal menyelamatkan nyawa, dan menggesa Ahli Dewan Rakyat dan Senat Amerika Syarikat untuk bertindak.



"Kita boleh melarang penggunaan senjata api dan peluru berkapasiti tinggi di negara ini sekali lagi.



"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu partisan. Ini isu rakyat Amerika. Ia akan menyelamatkan nyawa rakyat Amerika. Kita perlu bertindak," katanya, merujuk pada langkah Kongres meluluskan larangan senjata api selama 10 tahun pada 1994.



Isu kawalan penggunaan senjata api lebih ketat amat popular dalam kalangan rakyat Amerika, namun Republikan menentang perkara itu sejak sekian lama kerana ia dilihat melanggar hak untuk memiliki senjata yang termaktub dalam perlembagaan Amerika.



Encik Biden berucap di Washington beberapa jam selepas seorang remaja berusia 21 tahun didakwa menembak 10 individu di sebuah pasar raya di Boulder, Colorado.



Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang seminggu selepas seorang lagi individu menembak lapan orang di beberapa spa di Atlanta.



Kedua-dua insiden pembunuhan itu mencetus gesaan baru supaya ahli politik bertindak, namun perpecahan dalam isu itu muncul kembali semalam.



Bulan ini, Dewan Rakyat Amerika meluluskan dua langkah untuk memperketat semakan latar belakang dan memperbaiki kelemahan berkait isu pembunuhan bersenjata di gereja di Charleston, South Carolina, pada 2015.



Bagaimanapun, ia mungkin tidak mendapat kelulusan Senat, yang memerlukan undian daripada sekurang-kurangnya sembilan anggota Republikan.



Ketua Polis, Maris Herold, berkata, pegawai polis yang maut itu dikenali sebagai Eric Talley, 51 tahun, yang pertama tiba di lokasi selepas menerima laporan kejadian itu.



" 10 orang terkorban dalam kejadian ini termasuk pegawai polis dari sini, Tally adalah pegawai kita yang pertama tiba di lokasi dan dia terkena tembakan," katanya.



Ketua Polis Herold berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tembakan rambang pada sekitar 2.30 petang (waktu tempatan).



Beberapa saksi kejadian berkata, mereka mendengar beberapa das tembakan sebelum menyelamatkan diri dan cuba keluar daripada pasar raya itu menerusi pintu belakang.



"Saya hampir terkena tembakan ketika mahu mengambil air dan makanan ringan," kata Ryan Borowski, yang berada dalam pasar raya itu apabila mendengar sekurang-kurangnya lapan das tembakan, bercakap dengan CNN.



Suspek yang melakukan tembakan rambang itu turut cedera dan sudah ditahan.



Pihak berkuasa di Boulder sebelum itu memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk kekal di kediaman masing-masing selepas dilaporkan berlaku siri tembakan di sebuah pasar raya.



Video secara langsung di luar pasar raya itu menunjukkan kenderaan SWAT dengan puluhan anggota polis berpakaian taktikal dilihat memasuki premis tersebut.



Bandar Boulder terletak sekitar 50 kilometer di barat laut ibu negeri Denver, di timur kaki pergunungan Rocky. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >