Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden isytihar berakhirnya 'perang selamanya'

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden menjanjikan bahawa Amerika tidak akan melanjutkan lagi perang dan pengundurannya dari Afghanistan adalah kekal "selama-lamanya".



Dalam ucapannya kelmarin, Encik Biden mempertahankan keputusan meninggalkan Afghanistan dengan memberitahu rakyatnya bahawa pengunduran yang selesai pada 31 Ogos lalu adalah keputusan paling bijak dan tepat selepas 20 tahun peperangan dengan Taleban.



Selepas dikritik hebat pemimpin pembangkang dari Parti Republikan kerana terburu-buru untuk keluar dari Afghanistan, Encik Biden berkata, beliau hanya melakukan apa yang patut dilakukan sejak bertahun dulu.



"Saya tidak akan melanjutkan lagi perang dan pengunduran ini selama-lamanya," katanya.



Tambah Encik Biden, operasi pemindahan yang dilaksanakan adalah satu 'kejayaan luar biasa'.



Berucap di Rumah Putih, Encik Biden berkata beliau "mengambil tanggungjawab di atas keputusan ini."



"Saya berjanji kepada rakyat Amerika akan mengakhiri perang ini. Hari ini, saya menghormati komitmen itu. Sudah sampai waktunya untuk bersikap jujur."



Selepas 20 tahun di Afghanistan, saya menolak untuk menghantar generasi seterusnya untuk berperang," katanya.



Encik Biden turut menegaskan, rakyat Amerika yang masih berada di Afghanistan dengan kebanyakan mereka memiliki dua kewarganegaraan, dibenarkan oleh Taleban untuk keluar jika mereka mahu."



Bagi mereka yang masih terkandas, tidak ada tarikh akhir untuk keluar."Kami tetap komited untuk membawa mereka keluar, jika mahu," katanya.



Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 30 Ogos lalu telah menerima resolusi mewajibkan Taleban menghormati komitmen mereka bagi membenarkan orang awam meninggalkan Afghanistan.



Bagaimanapun, langkah itu tidak menyentuh mengenai 'zon selamat' yang dinyatakan oleh Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron.



Resolusi yang dirangka oleh Amerika, Britain dan Perancis itu disahkan dengan 13 undi yang menyokong manakala China dan Russia berpendirian berkecuali. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >