Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden kecam pembunuhan 4 Muslim di Albuquerque

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengecam pembunuhan empat lelaki beragama Islam di New Mexico, yang menurut polis tindakan pembunuhan itu mungkin saling berkait.



Melahirkan perasaannya kelmarin di Twitter, beliau berkata: "Saya berasa marah dan sedih dengan pembunuhan kejam ke atas empat lelaki Muslim di Albuquerque.



"Sedang kita menantikan hasil siasatan penuh, doa saya adalah kepada keluarga mangsa, dan Pentadbiran saya berdiri teguh dengan masyarakat Islam. Serangan kebencian ini tidak ada tempat di Amerika."



Polis New Mexico dan agensi persekutuan menyiasat pembunuhan seorang lelaki Islam bagi menentukan kaitan pembunuhan terbaru itu dengan kejadian terdahulu yang mana gabenor negeri menyifatkannya sebagai 'pembunuhan disasarkan'.



Ketua Polis Albuquerque, Encik Harold Medina, kelmarin berkata seorang "lelaki muda yang juga sebahagian daripada masyarakat Islam dibunuh".



Encik Medina berkata pembunuhan kelmarin itu mungkin ada kaitan dengan tiga pembunuhan sebelum ini. Identiti mangsa dan keadaan pembunuhan itu bagaimanapun tidak didedahkan.



Menurut polis berdasarkan tiga kes sebelum ini, mangsa diserang hendap dan ditembak tanpa amaran. Polis di New Mexico sebelum ini berkata tiga lagi lelaki Islam dibunuh di bandar terbesar di negeri itu dalam tempoh sembilan bulan lalu, menjadi sasaran disebabkan agama dan bangsa mereka.



Gabenor New Mexico, Cik Michelle Lujan Grisham, menerusi ciapannya kelmarin, berkata pembunuhan disasarkan ke atas penduduk Islam di Albuquerque mencetuskan kemarahan dan tidak dapat dibendung sepenuhnya.



Dua daripada lelaki dibunuh itu adalah anggota masjid yang sama, masing-masing ditembak di Albuquerque, pada akhir Julai lalu dan awal Ogos.



Polis berkata kematian mereka 'mungkin' dikaitkan dengan pembunuhan seorang pendatang Afghanistan, pada November lalu.



Pengarah perancangan bandar Espanola, Encik Muhammad Afzaal Hussain, 27 tahun, datang ke Amerika dari Pakistan, ditembak mati di luar kompleks pangsapuri Albuquerque, Isnin lalu, manakala Encik Aftab Hussein, 41 tahun, ditemui mati akibat luka tembakan berhampiran daerah antarabangsa Albuquerque, pada 26 Julai lalu.



Kematian itu berkemungkinan dikaitkan dengan pembunuhan Encik Mohammad Ahmadi, 62 tahun, di tempat letak kereta di tepi pasar raya dan kafe halal pada 7 November 2021, kata polis. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >