Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Keputusan keluarkan waran tangkap untuk Putin adalah wajar

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden berkata pada Sabtu keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkapan untuk Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, adalah wajar kerana Encik Putin telah melakukan jenayah peperangan.



Awal dari itu, ICC telah mengumumkan waran tangkapan bagi Encik Putin atas tuduhan bertanggungjawab mengusir dan menghantar kanak-kanak ke Russia dari Ukraine sejak Russia menyerang Ukraine sekitar setahun yang lalu.



"Saya rasa perbuatan itu (waran tangkapan untuk Encik Putin) adalah wajar. Persoalannya ialah waran itu tidak diiktiraf oleh kami dan beberapa negara lain. Namun saya rasa ia tetap menekankan perkara yang penting ini," kata Encik Biden semasa bercakap dengan wartawan.



Amerika bukan anggota ICC.



"Amerika namun telah memutuskan tentera Russia melakukan jenayah peperangan di Ukraine dan menyokong tindakan bagi mempertanggungjawab dalang bagi jenayah peperangan," kata jurucakap Jabatan Negara menerusi kenyataan e-mel.



"Tiada kesangsian Russia telah melakukan jenayah peperangan dan kekejaman di Ukraine dan kami haru berkata dengan jelas pihak yang melakukannya harus menanggung tanggungjawab," kata jurucakap itu.



"Waran tangkapan ICC itu adalah yang diputuskan mahkamah secara sendiri berdasarkan fakta yang ada."



Tindakan ICC itu mewajibkan 123 negara yang menjadi anggotanya untuk menangkap Encik Putin jika beliau memasuki negara masing-masing dan menghantarnya ke The Hague untuk dibicarakan di mahkamah.



Russia, buat masa ini, telah menafikan semua tuduhan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >