Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Komitmen AS pertahankan Filipina kukuh

Presiden Filipina diberi jaminan keselamatan hadapi ketegangan di rantau Laut China Selatan
May 03, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden memberitahu Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, di Rumah Putih pada Isnin, bahawa komitmen Amerika Syarikat terhadap pertahanan sekutu-sekutunya "tidak boleh ubah", termasuk di Laut China Selatan, di mana Manila menghadapi tekanan dari China.



Encik Marcos, yang melakukan lawatan ke Rumah Putih yang pertama oleh pemimpin Filipina dalam masa 10 tahun, menegaskan peri pentingnya Amerika sebagai satu-satunya sekutu perjanjian negaranya di rantau itu, yang boleh dikatakan sedang melalui situasi paling rumit di dunia sekarang.



Para pegawai Amerika berkata kedua-dua pemimpin negara itu akan bersetuju terhadap garis panduan bagi kerjasama ketenteraan yang kukuh, serta akan meningkatkan kerjasama ekonomi.



Pendirian itu mencerminkan perubahan besar dalam hubungan Amerika-Filipina sejak beberapa tahun lalu.



"Amerika berpegang teguh kepada komitmen untuk mempertahankan Filipina, termasuk Laut China Selatan," kata Encik Biden kepada Encik Marcos di pejabat beliau, mengulangi ketegasan yang dibuat dalam Perjanjian Pertahanan Bersama 1951.



Dalam perjanjian itu, Amerika berikrar akan bertindak sekiranya berlaku sebarang serangan bersenjata ke atas tentera Filipina.



Para pegawai Amerika berkata garis panduan yang baru itu, tertumpu kepada penyelarasan ketenteraan, mencakup udara, laut dan darat serta angkasa lepas.



Pentadbiran Amerika juga akan mengirimkan tiga buah pesawat C-130 dan akan menimbangkan pengiriman kapal-kapal peronda tambahan ke Filipina.



"Wajarlah bagi Filipina untuk berpaling kepada satu-satunya rakan perjanjiannya di dunia, bagi perkukuh dan menyusun semula hubungan kita serta peranan yang kita laksanakan dalam menghadapi ketegangan yang kian memuncak yang sedang kita lihat di sekitar Selatan China, Asia Pasifik dan rantau Indo-Pasifik," kata Encik Marcos.



Di bawah pemerintahan Encik Rodrigo Duterte sebelumnya, hubungan dengan Amerika keruh, apabila Filipina berpaling sepenuhnya daripada bekas kuasa yang menjajah Filipina itu, ke arah China.



Mesyuarat itu merupakan kemuncak lawatan empat hari Encik Marcos ke Amerika yang bermula pada Ahad 30 April.



Presiden Biden cuba mendekati Encik Marcos, yang masih mempunyai kes pengadilan di mahkamah Amerika, berkaitan dengan penyalahgunaan AS$2 bilion ($2.7 bilion) semasa pemerintahan bapanya, mendiang Marcos Sr.



Washington telah membantu bapa Encik Marcos melarikan diri dan tinggal dalam buangan di Hawaii, semasa pemberontakan "kuasa rakyat" pada 1968.



Encik Biden memaklumkan kepada Encik Marcos bahawa "agak sudah lama juga anda tidak berkunjung ke sini" dan kemudian menambah bahawa Encik Marcos turut menemani bapanya ketika itu di Amerika apabila mendiang Marcos Sr bertemu mantan presiden, Encik Ronald Reagan.



Encik Marcos menjadi presiden Filipina pada 2022 dan cuba menjalin hubungan baik dengan Amerika dan China, yang cuba melebarkan pengaruhnya di rantau Asia-Pasifik.



Washington melihat Filipina sebagai kunci bagi sebarang usaha melawan tindakan China ke atas Taiwan.



China mendakwa Taiwan adalah jajahan miliknya.



Manila baru-baru ini bersetuju membenarkan Amerika menggunakan empat lagi pangkalan tenteranya, di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang dipertingkatkan.



Tetapi kedua-dua pihak tidak menyebutkan apakah kemudahan ketenteraan Amerika yang akan ditempatkan di situ. - Reuters.




"Wajarlah bagi Filipina untuk berpaling kepada satu-satunya rakan perjanjiannya di dunia, bagi perkukuh dan menyusun semula hubungan kita serta peranan yang kita laksanakan dalam menghadapi ketegangan yang kian memuncak yang sedang kita lihat di sekitar Selatan China, Asia Pasifik dan rantau Indo-Pasifik."



- Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >