Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden luluskan rang perubahan iklim, jagaan kesihatan utama

Aug 18, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah menandatangani untuk menjadikan undang-undang sebuah rang undang-undang perubahan iklim dan penjagaan kesihatan Demokrat yang akan mengambil langkah penting ke arah mencapai matlamat beliau memodernkan ekonomi negaranya dan mengurangkan pergantungannya pada bahan bakar fosil.



Ia juga dilihat berhasrat meningkatkan kedudukan partinya dan memikat pengundi kurang dari tiga bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal.



Unadng-undang itu termasuk pelaburan persekutuan paling besar dalam sejarah untuk memerangi perubahan iklim, iaitu kira-kira AS$375 bilion ($517.43 bilion) sepanjang 10 tahun dan akan mengehadkan kos ubat preskripsi pada AS$2,000 setiap tahun bagi penerima Medicare.



Ia juga akan membantu kira-kira 13 juta rakyat Amerika membayar insurans penjagaan kesihatan dengan melanjutkan subsidi yang diberikan ketika pandemik Covid-19.



Usaha itu dibiayai melalui cukai baru ke atas syarikat besar dan penguatkuasaan Perkhidmatan Hasil Mahsul (IRS) yang dipertingkat bagi individu dan entiti kaya, dengan dana tambahan akan mengurangkan defisit persekutuan.



Di majlis menandatangani rang itu di Rumah Putih, Encik Biden berkata undang-undang menjadi bukti demokrasi, tidak kira berapa lama atau sukar prosesnya, ia masih boleh sampai kepada pengundi Amerika.



"Rakyat AS menang, dan kepentingan khas kalah.



"Pada detik bersejarah ini, Demokrat memihak pada rakyat, dan setiap ahli Republikan dalam Kongres memihak pada kepentingan khas dalam undian ini," kata Encik Biden, yang berulang kali menyuarakan perbezaan antara partinya dan Grand Old Party (GOP), atau Parti Besar Lama, yang merujuk kepada parti Republikan.



Kongres Jumaat lalu meluluskan rang itu dengan margin tipis 220-207.



Beberapa hari sebelumnya, Naib Presiden, Cik Kamala Harris, membuat undi penentu dan mematahkan kedudukan seri 50-50.



"Menyelesaikan rang undang-undang ini akan menjadi pencapaian besar pada waktu biasa.



"Tetapi melakukannya sekarang, dengan hanya 50 undi Demokrat di Senat, ke atas minoriti Republikan yang tidak mahu berkompromi, adalah sesuatu yang menakjubkan." kata Ketua Majoriti Senat, Encik Chuck Schumer, dalam majlis itu.



Encik Biden merancang mengadakan "sambutan" lebih besar pada 6 September, sebaik-baik sahaja ahli Kongres kembali ke Washington.



Demokrat berharap kejayaan itu akan melonjakkan peluang mereka mengekalkan kuasa di Washington pada pilihan raya pertengahan penggal pada November.



Encik Biden turut merancang mengadakan mesyuarat Kabinet untuk membincangkan cara melaksanakan undang-undang iklim dan penjagaan kesihatan baru itu. - AP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >