Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden percaya Russia akan serang Ukraine

Amerika ikrar akan laksana sekatan meluas terhadap Russia jika pencerobohan berlaku
Jan 21, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata beliau menjangka Russia akan menyerang Ukraine, sekali gus memberi penilaian suram tentang keupayaan Amerika dan sekutu Eropahnya untuk memujuk pemimpin Russia, Encik Vladimir Putin, supaya tidak menghantar tentera ke Ukraine.



"Apakah saya fikir beliau akan menguji Barat, menguji Amerika dan Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dengan seberapa daya yang beliau boleh? Ya, saya fikir beliau akan melakukannya," kata Encik Biden kepada wartawan semasa sidang akhbar di Rumah Putih kelmarin.



"Tetapi saya fikir beliau akan membayarnya dengan serius, harga mahal buatnya. Dan saya fikir beliau akan menyesal kerana melakukannya," tambahnya.



Komen Presiden Amerika itu dibuat sedang Russia mengerahkan lebih 100,000 tenteranya di sempadan dengan Ukraine sejak beberapa bulan lalu.



Encik Biden telah berikrar akan melaksanakan sekatan meluas terhadap Russia jika pencerobohan berlaku.



Selain itu, mengenai Iran, Encik Biden berkata ia "bukan masa untuk berputus asa" untuk menghidupkan semula perjanjian yang menyekat program nuklear Iran sedang perbincangan antara kuasa dunia berlanjutan di Vienna.



Beliau memberitahu bahawa beberapa kemajuan sedang dibuat, tetapi "masih belum dapat dilihat" jika Teheran bersetuju membuat perjanjian.



Kumpulan perunding Encik Biden berkata mereka bersetuju dengan sebahagian besar sekatan yang akan ditarik balik sebagai pertukaran buat Iran kembali mematuhi Pelan Komprehensif Tindakan Bersama.



Tetapi mereka tidak dapat memenuhi permintaan Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, bagi jaminan bahawa pentadbiran Amerika masa depan tidak akan keluar daripada perjanjian itu seperti yang dilakukan bekas presiden, Encik Donald Trump, pada 2018.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, baru-baru ini memberitahu seorang wartawan bahawa Iran beberapa minggu lagi sebelum dapat menghasilkan bahan mencukupi bagi senjata nuklear.



"Adalah adil untuk mengatakan keputusan menarik diri daripada perjanjian nuklear adalah salah satu keputusan terburuk yang dibuat dalam sejarah dasar luar Amerika," kata Encik Blinken kepada podcast Pod Save the World.



Sementara itu, Moscow Selasa lalu menolak rundingan baru mengenai Ukraine melainkan pihak Barat memberi respons terhadap tuntutannya, sedang Encik Blinken terbang ke Kiev, Ukraine, sebagai tanda sokongan di tengah-tengah kebimbangan pencerobohan Russia ke atas negara itu.



Kira-kira 100,000 tentera Russia berkumpul di sempadan dengan Ukraine, dengan Kiev dan pihak Barat menuduh Moscow sedang bersiap sedia bagi kemungkinan menyerang negara jirannya yang pro-Barat.



"Kami kini sedang menunggu maklum balas kepada cadangan kami - seperti yang dijanjikan - untuk meneruskan rundingan," kata Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov.



"Dan kami berharap perbincangan ini akan diteruskan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >