Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden perkenal pasukan kesihatan kendali pandemik Covid-19

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



WILMINGTON: Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden, kelmarin memperkenal pasukan kesihatannya dan berkata mereka 'diuji krisis' dan mungkin tidak akan berusaha secara kecil dalam mengendalikan wabak koronavirus.



"Saya benar-benar yakin dalam tempoh 100 hari kita dapat mengubah perjalanan penyakit dan mengubah kehidupan di Amerika menjadi lebih baik," katanya sambil menambah bahawa keutamaannya adalah mempercepat ujian, memperbaiki rantaian bekalan dan mengagihkan vaksin.



Encik Biden berkata beliau akan mendengar pandangan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika, Dr Anthony Fauci, yang menasihatkannya mengenai apa yang perlu diketahui dan bukan apa yang beliau mahu tahu.



Justeru, beliau akan meminta rakyat Amerika memakai pelitup muka di dalam pejabat sebaik 100 hari beliau mentadbir kerajaan dan mewajibkan mereka memakainya di bangunan persekutuan, dalam pesawat, kereta api dan bas.



"Ini bukan kenyataan politik, tetapi ini tindakan patriotik," katanya mengulas mengenai pemakaian pelitup muka.



Encik Biden memberi amaran bahawa program vaksin Covid-19 akan menjadi "lambat dan terhenti" jika Kongres tidak menyegerakan penyaluran dana.



Beliau yang akan mengambil alih Rumah Putih bermula 20 Januari ini, berikrar memimpin "pelan vaksinasi besar-besaran paling berkesan dalam sejarah Amerika" dengan melakukan sekurang-kurangnya pengagihan 100 juta dos vaksin dalam 100 hari pertama pentadbirannya.



"Terdapat kemungkinan besar selepas imunisasi awal dilakukan, usaha berkenaan akan lambat dan terhenti.



"Justeru, kita memerlukan Kongres segera menyelesaikan perkara ini atau berjuta-juta rakyat Amerika mungkin perlu menunggu berbulan-bulan lagi untuk mendapatkan vaksin," katanya kepada wartawan.



Pemimpin Republikan dan Demokrat di Kongres berbeza pendapat mengenai pakej bantuan Covid-19 dan setakat ini masih tiada kesepakatan yang jelas dalam usaha mengadakan perjanjian pada akhir minggu ini.



Pemimpin Majoriti Senat Republikan, Encik Mitch McConnell, kelmarin berkata, itu pandangan yang dikongsi kedua-dua pihak, sekali gus menunjukkan tidak ada ketetapan mengenai rang undang-undang Covid-19. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >