SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Biden pilih anggota veteran pentadbiran Obama bagi tangani dasar Asia

Biden pilih anggota veteran pentadbiran Obama bagi tangani dasar Asia

Jan 15, 2021 | 5:30 AM

Biden pilih anggota veteran pentadbiran Obama bagi tangani dasar Asia

PENYELARAS INFO-PASIFIK: Encik Kurt Campbell (gambar kiri) akan bertindak sebagai penyelaras urusan Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Nasional dan timbalan kepada Encik Jake Sullivan, yang akan menjadi penasihat keselamatan nasional. - Foto REUTERS
PENYELARAS INFO-PASIFIK: Encik Kurt Campbell (gambar kiri) akan bertindak sebagai penyelaras urusan Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Nasional dan timbalan kepada Encik Jake Sullivan, yang akan menjadi penasihat keselamatan nasional. - Foto REUTERS -

WASHINGTON: Presiden Dipilih Amerika Syarikat Joe Biden telah memilih seorang anggota veteran pentadbiran Obama, Encik Kurt Campbell, untuk menjadi pegawai kanannya bagi dasar Asia, termasuk hubungan dengan China, kata seorang jurucakap peralihan Encik Biden kelmarin.

Encik Campbell, diplomat Amerika terkemuka untuk Asia di bawah presiden Demokrat Barack Obama dan setiausaha negara Hillary Clinton, dianggap sebagai arkitek strategi "peralihan tumpuan ke Asia", iaitu langkah penyeimbangan semula sumber ke rantau tersebut.

"Saya dapat mengesahkan Kurt akan menjadi penyelaras bagi Indo-Pasifik di NSC," kata jurucakap peralihan itu, merujuk kepada Majlis Keselamatan Nasional Rumah Putih.

Encik Campbell akan bertindak sebagai penyelaras urusan Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Nasional dan timbalan kepada Encik Jake Sullivan, yang akan menjadi penasihat keselamatan nasional, kata The Asia Group, sebuah syarikat rundingan yang diasaskan Encik Campbell pada 2013 setelah meninggalkan pemerintah.

Encik Campbell telah sebelum ini menjadi penasihat bagi kempen Demokrat Encik Biden.

Beliau juga merupakan pengasas bersama kumpulan pemikir New American Security.

Encik Campbell menjelaskan pendekatannya terhadap Asia dalam buku The Pivot - diterbitkan pada 2016 - yang mengusulkan langkah memperkukuh pakatan sedia ada dan memupuk hubungan lebih erat dengan negara seperti India dan Indonesia dalam menghadapi China yang sedang meningkat.

Sejak itu, beliau menyokong beberapa pendekatan tegas terhadap China oleh pentadbiran Trump dan memuji beberapa usaha Presiden Donald Trump menangani Korea Utara.

Namun, beliau turut mengkritik Encik Trump kerana gagal mendekati dengan secukupnya rantau ini secara keseluruhan, dan kerana merosakkan hubungan dengan sekutu utama seperti Jepun dan Korea Selatan. - Reuters, AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg