Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden rancang ke beberapa negeri dalam lawatan pertama ke Asia

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON/MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, merancang beberapa persinggahan dalam lawatan ke Asia pada musim bunga ini - lawatan yang pertama ke rantau itu sebagai presiden.



Beliau juga dijangka menghadiri sidang puncak dengan tiga sekutu serantau utama di Jepun, kata seorang pegawai kanan pentadbiran kepada Reuters.



Pegawai itu menepis soalan adakah krisis Ukraine boleh mengalih perhatian pentadbiran itu dari Asia, dengan berkata:



"Kami terus mengutamakan tumpuan Indo-Pasifik kami dan lebih banyak lagi yang akan datang."



Pegawai itu, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, kelmarin enggan memberikan butiran mengenai persinggahan lain di rantau itu, yang diisytiharkan pentadbiran Encik Biden sebagai keutamaannya sedang ia berusaha bertindak terhadap pengaruh China yang semakin meluas.



Para pegawai Amerika memberitahu bahawa Encik Biden telah menerima undangan melawat Jepun pada akhir musim bunga ini untuk menghadiri sidang puncak Quad, yang mengumpulkan Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan India, tetapi butirannya masih diusahakan.



Seorang lagi sumber Reuters berkata lawatan itu mungkin berlangsung pada Mei, dengan kebimbangan terhadap China dan Korea Utara, menjadi antara agenda utama.



Selain itu, Washington sedang meneroka kemungkinan bagi Encik Biden melawat Korea Selatan pada masa yang sama.



Akhbar Yomiuri di Jepun pada Selasa lalu memetik beberapa sumber kerajaan sebagai berkata lawatan itu mungkin berlangsung pada pertengahan kedua Mei.



Seorang pegawai kanan Amerika memberitahu Reuters pada Selasa bahawa Encik Biden akan ke Tokyo tahun ini untuk Sidang Puncak Quad "sebagai sebahagian daripada komitmen kami mengatur penglibatan kami melalui Quad, yang terus beroperasi sepenuhnya".



"Presiden juga akan membuat beberapa persinggahan lain dalam lawatan itu,'' tambah pegawai itu yang enggan mengulas lanjut.



Dalam menekankan komitmen Amerika terhadap rantau itu, pegawai tersebut merujuk kepada rancangan Amerika menjadi tuan rumah sidang puncak dengan pemimpin dari Asean, dan bagi Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken, untuk melawat Australia minggu depan bagi mesyuarat menteri luar Quad.



Pentadbiran itu juga merancang melancarkan inisiatif baru Kepulauan Pasifik dengan sekutu dan rakan kongsinya yang akan menyatukan negara serantau "untuk menyelaraskan tindakan kami, memacu sumber dan me



ningkatkan cita-cita kami di rantau ini, termasuk isu iklim, maritim dan pengangkutan", kata pegawai itu.



Pada masa yang sama, pentadbiran itu juga akan memuktamadkan rundingan mengenai perjanjian perkaitan bebas dengan tiga negara Pulau Pasifik - Kepulauan Marshall, Negara Bersekutu Micronesia dan Palau - yang memberi akses kepada tentera Amerika.



Perjanjian itu dijangka tamat pada 2023 bagi Kepulauan Marshall dan Micronesia, dan pada 2024 bagi Palau.



Penyelaras Indo-Pasifik Amerika, Encik Kurt Campbell, memberi amaran bulan lalu bahawa Pasifik boleh menjadi sebahagian daripada dunia yang paling mungkin melihat "kejutan strategik" - komen yang nampaknya merujuk kepada kemungkinan China menubuhkan pangkalan di pulau Pasifik.



Dalam pada itu, Amerika akan menghantar hampir 3,000 tentera tambahan ke Poland dan Romania untuk melindungi Eropah Timur daripada potensi limpahan daripada krisis sedang tentera Russia berkumpul berhampiran Ukraine, kata pegawai Amerika kelmarin.



Russia telah menafikan rancangan menyerang Ukraine tetapi memberi isyarat kelmarin bahawa ia tidak bersedia untuk berkompromi dengan mempersenda Britain, menggelar Perdana Menteri, Encik Boris Johnson, sebagai "sangat keliru" dan menuduh ahli politik Britain sebagai "bodoh dan jahil".



Moscow telah mengerah lebih 100,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine dan berkata ia boleh mengambil langkah ketenteraan yang tidak ditentukan jika tuntutannya tidak dipenuhi, termasuk janji Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk tidak menerima Kyiv. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >