Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden umum ketua bagi dasar luar, keselamatan

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah mengumumkan barisan Kabinet untuk dasar luar dan pasukan keselamatan nasional beliau, yang dibarisi karyawan mapan sewaktu pentadbiran Encik Barack Obama, sekali gus memberi isyarat legasi Presiden Donald Trump bakal berakhir.



Encik Biden memilih Cik Avril Haines sebagai wanita pertama menjadi ketua agensi perisikan, Encik Alejandro Mayorkas sebagai ketua Keselamatan Dalam Negeri pertama berdarah Latin, dan Cik Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan wanita pertama.



Menduduki senarai teratas ialah bekas pegawai kedua tertinggi Jabatan Negara, Encik Antony Blinken, yang dilantik sebagai Setiausaha Negara.



Presiden Majlis Hubungan Luar, Richard Haass, menyifatkan Encik Blinken sebagai calon terkuat bagi jawatan itu.



"Selain berpengetahuan luas mengenai dasar luar, Encik Blinken mempunyai pertalian sangat bagus dengan Encik Biden, sekali gus membolehkan beliau mengutarakan nasihat secara terbuka.



"Atas faktor ini, Encik Blinken juga bakal diberi kuasa bercakap mewakili Encik Biden tanpa sebarang keraguan," katanya menerusi kenyataan di Twitter.



Encik Blinken, penasihat Encik Biden sejak sekian lama, akan menerajui perubahan dasar yang dilaksana Encik Trump, termasuk menyertai semula Perjanjian Paris bagi iklim dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), serta mengembalikan semula perjanjian nuklear bersama Iran, yang dirintis Encik Obama.



Encik Trump menarik Amerika keluar daripada perjanjian nuklear itu.



Encik Biden memilih Encik John Kerry sebagai wakil khas Amerika bagi menangani isu perubahan iklim dan Cik Linda Thomas-Greenfield sebagai Duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Encik Jake Sullivan, penasihat Encik Biden ketika beliau menjadi naib presiden di bawah pentadbiran Encik Obama, dinamakan sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan.



Walaupun Encik Trump berusaha mengubah keputusan pilihan raya presiden yang menyaksikan beliau dikalahkan Encik Biden, pemilihan calon kabinet Encik Biden adalah langkah terbesar beliau setakat ini dan memberi petanda bakal presiden tertua Amerika itu bersedia mengubah haluan negaranya bermula 20 Januari depan.



Senarai yang dikemukakan Encik Biden menggambarkan kesungguhannya mengembalikan peranan pemimpin berbilang kaum dalam pentadbiran Amerika, berbeza daripada pentadbiran Encik Trump.



"Mereka akan berusaha menyahut cabaran yang diberi, cabaran yang tidak boleh ditangani sendirian. Ini adalah masa mengembalikan kepemimpinan Amerika," kata Encik Biden menerusi Twitter.



Pembentukan Kabinet berlangsung sedang Presiden Trump hampir mengaku kalah dalam pilihan raya selepas agensi pemerintah bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Encik Biden ke Rumah Putih berkata mereka tidak lagi menyekat sebarang bantuan kepada bakal presiden itu.



Encik Trump pula mengakui sudah tiba masanya Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) itu melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.



Dalam pos sama di Twitter, beliau tetap bertegas enggan mengaku kekalahannya dan berikrar akan terus berusaha menentang keputusan pilihan raya.



Encik Trump, calon Republikan, sebelum ini mendakwa berlaku penipuan pengundian meluas pada pilihan raya 3 November itu tetapi tidak memberikan bukti.



"Kes kami tetap diteruskan. Kami akan terus berjuang dan saya percaya kebenaran akan terbukti," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >