Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden, Xi setuju teroka rundingan mengenai kawalan senjata

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/BEIJING: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan pemimpin China, Encik Xi Jinping, bersetuju semasa pertemuan secara maya untuk melihat kepada kemungkinan mengadakan rundingan bagi pengawalan senjata, kata penasihat keselamatan kebangsaan, Encik Jack Sullivan, kelmarin.



Encik Biden dan Encik Xi bersetuju untuk "melihat kepada usaha ke depan dalam membincangkan kestabilan strategik", kata Encik Sullivan yang merujuk kepada keprihatinan Amerika terhadap nuklear China dan pembangunan perlu berpandunya.



"Anda akan melihat di pelbagai peringkat akan kerancakan dalam perhubungan bagi memastikan adanya kawalan dalam persaingan ini agar ia tidak menyimpang ke arah konflik," kata Encik Sullivan dalam satu seminar dalam talian di Institut Brookings.



Encik Sullivan tidak memperincikan apakah bentuk perbincangan tentang kestabilan strategik yang akan diambil, tetapi berkata:



"Ia tidak sama seperti apa yang kita ada dalam konteks Russia dengan dialog kestabilan strategik yang formal. Itu jauh lebih matang, dan punya sejarah yang jauh lebih mendalam.



"Kematangan itu kurang dalam hubungan Amerika-China, tetapi kedua-dua pemimpin sememangnya membincangkan isu-isu ini dan bagaimana di pihak kita, kita harus memikirkan cara paling baik untuk melanjutkannya."



Washington telah berulang kali menggesa China untuk menyertainya dan Russia dalam satu perjanjian kawalan bersenjata yang baru.



Beijing berkata simpanan senjatanya jauh lebih kecil berbanding dua negara itu.



Ia berkata, ia bersedia untuk mengadakan dialog dua hala tentang keselamatan strategik "berdasarkan kesaksamaan dan saling menghormati".



Pertemuan secara maya kelmarin adalah perbincangan paling mendalam sejak Encik Biden memasuki Rumah Putih pada Januari lalu.



Semasa memulakan sidang kemuncak maya kelmarin, kedua-dua pemimpin menekankan perlunya komunikasi lebih baik antara dua kuasa besar itu serta mengelakkan konflik.



Bercakap dari Rumah Putih dengan Encik Xi yang dipaparkan melalui kaca televisyen, Encik Biden menegaskan hubungan yang tegang dengan pertikaian serius itu perlu ditangani serta diselesaikan, termasuk mengenai isu perdagangan dan Taiwan.



"Bagi saya, kita sebagai pemimpin China dan Amerika bertanggungjawab untuk memastikan persaingan antara kedua-dua negara tidak terjerumus menjadi konflik, sama ada secara sengaja ataupun tidak. Hanya persaingan yang terus terang dan mudah," katanya.



Encik Xi ketika bercakap dari Beijing pula menyifatkan Encik Biden sebagai 'sahabat lama' beliau, dan berkata kedua-dua pihak perlu bekerja lebih rapat.



"Kita sama-sama menghadapi pelbagai cabaran. Sebagai dua ekonomi terbesar di dunia serta anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan Amerika perlu meningkatkan komunikasi dan kerjasama," katanya dalam ucapan awam ringkas melalui jurubahasa sebelum mereka masuk ke dalam bilik tertutup. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >