Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bilangan kanak-kanak masuk hospital naik di New York

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dengan meningkatnya kes jangkitan Omicron, pegawai kesihatan di New York telah melaporkan peningkatan jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, sedang Rumah Putih menjanjikan kelmarin untuk segera menangani kekurangan ujian Covid-19 di negara itu.



Jabatan Kesihatan Negeri New York memberi amaran " adanya trend peningkatan hospitalisasi paediatrik disebabkan Covid-19", dalam kenyataannya pada Jumaat lalu.



Di New York City, ia "mengenalpasti peningkatan empat kali ganda dalam kemasukan ke hospital akibat Covid-19 untuk kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang bermula pada minggu 5 Disember sehingga sekarang," katanya.



Kira-kira separuh dari kemasukan ini berusia kurang dari lima tahun, kumpulan usia yang tidak layak untuk menerima vaksin, kata jabatan tersebut.



Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat terus meningkat dengan purata hampir 190,000 kes jangkitan baru direkodkan sepanjang tujuh hari lalu, menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins.



Sementara itu, seramai 55 orang dikesan positif Covid-19 di atas sebuah kapal persiaran milik Royal Caribbean International yang berlayar dari Florida Sabtu lalu.



Syarikat berkenaan memaklumkan, jangkitan di atas kapal dinamakan Odyssey of the Seas itu membabitkan penumpang dan kru.



"Sebanyak 95 peratus daripada mereka yang berada di atas kapal itu sudahpun menerima suntikan vaksin Covid-19," katanya.



Sebagai langkah berjaga-jaga, kapal terbabit tidak berlabuh di Curacao dan Aruba di kepulauan Caribbean, iaitu dua hentian terakhir dalam pelayaran selama lapan hari itu.



Justeru, kapal itu akan kekal berada di laut sehingga ia berlayar pulang ke Fort Lauderdale, Florida, kelmarin.



Menurut laporan akhbar USA Today, kapal itu membawa seramai 3,587 penumpang dan 1,599 kru. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >