Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bilangan pelarian capai rekod 71.1j pada 2022

May 12, 2023 | 05:30 AM



GENEVA: Jumlah pelarian dan mereka yang kehilangan tempat kediaman telah mencapai rekod 71.1 juta orang di seluruh dunia pada 2022 disebabkan konflik seperti perang di Ukraine dan bencana iklim seperti banjir monsun di Pakistan, demikian menurut data yang diterbitkan pada Khamis.



Pusat Pemantauan Pelarian (IDMC) yang berpangkalan di Geneva menyatakan angka itu merupakan peningkatan 20 peratus sejak 2021, dengan bilangan tertinggi mereka yang terpaksa melarikan diri demi keselamatan dan perlindungan.



Agensi itu berkata hampir tiga perempat daripada penduduk dunia yang kehilangan tempat kediaman, tinggal di 10 negara, termasuk Syria, Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Ukraine dan Sudan, disebabkan konflik yang menyebabkan perpindahan ketara pada 2022.



Peperangan di Ukraine mencetuskan hampir 17 juta pemindahan pada 2022, menurut IDMC.



"Konflik dan keganasan mencetuskan 28.3 juta pemindahan di seluruh dunia, satu angka yang tiga kali lebih tinggi daripada purata tahunan sepanjang dekad lalu," katanya.



Sebahagian besar mereka yang kehilangan tempat tinggal pada 2022 - 32.6 juta - adalah disebabkan bencana termasuk banjir, kemarau dan tanah runtuh.



"Konflik dan bencana tahun lalu memburukkan lagi kelemahan dan ketidaksamaan sedia ada masyarakat, mencetuskan pemindahan pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata Encik Jan Egeland, setiausaha agung Majlis Pelarian Norway, yang menubuhkan IDMC pada 1998.



"Perang di Ukraine juga mencetuskan krisis keselamatan makanan global yang paling teruk melanda golongan pelarian.



"Perkara ini telah menjejas kemajuan selama bertahun-tahun yang dicapai dalam mengurangkan kelaparan dan kekurangan zat makanan global." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >