Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bilangan penduduk China merosot

Jumlah penduduk tahun lalu 1.4118 bilion, kurang 850,000 berbanding 2021
Jan 18, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: Bilangan penduduk China menguncup tahun lalu buat kali pertama dalam lebih enam dekad, menurut data rasmi yang dikeluarkan semalam, sedang negara paling ramai penduduk di dunia itu mula berdepan krisis demografi.



Kemerosotan itu, yang paling teruk sejak kejadian Kebuluran Besar China pada 1961, juga memberi kesan kepada ramalan bahawa India akan menjadi negara paling ramai penduduk di dunia tahun ini.



Pemerintah berkata 9.56 juta orang dilahirkan di China pada 2022, manakala 10.41 juta orang meninggal dunia.



Jumlah penduduk China pada tahun lalu ialah 1.4118 bilion - merosot 850,000 berbanding 2021.



Ia adalah kali pertama kematian melebihi jumlah kelahiran di China sejak awal 1960-an, apabila dasar Lonjakan Besar Ke Hadapan, satu percubaan ekonomi ilham pemimpin China Mao Zedong yang gagal, membawa kepada kebuluran dan kematian yang meluas.



Kelahiran turun daripada 10.6 juta pada 2021, tahun keenam berturut-turut jumlah itu merosot.



Penurunan itu, ditambah dengan peningkatan jangka hayat yang berpanjangan, mendorong China ke dalam krisis demografi yang akan membawa akibat pada abad ini, bukan sahaja untuk China dan ekonominya tetapi untuk dunia, kata pakar.



"Dalam jangka panjang, kita akan melihat China yang tidak pernah dilihat dunia," kata Dr Wang Feng, seorang profesor sosiologi di Universiti California di Irvine yang pakar demografi China.



"Ia bukan lagi penduduk muda, cergas, dan semakin meningkat. Kami akan mula menghargai China, dari segi populasinya, sebagai penduduk yang lama dan semakin berkurangan."



Berita itu tiba pada masa yang mencabar bagi pemerintah di Beijing, yang berhadapan dengan kesan daripada perubahan mendadak bulan lalu dasar toleransi sifarnya terhadap Covid-19.



Sepanjang empat dekad yang lalu, China telah muncul sebagai kuasa ekonomi dan pusat kilang dunia.



Transformasi itu membawa kepada peningkatan dalam jangka hayat yang menyumbang kepada keadaan semasa - lebih ramai orang semakin tua manakala lebih sedikit bayi dilahirkan.



Menjelang 2035, 400 juta orang di China dijangka berusia lebih daripada 60 tahun, menyumbang hampir satu pertiga daripada penduduknya.



Arah aliran itu mempercepatkan satu lagi peristiwa yang membimbangkan: hari apabila China tidak akan mempunyai cukup orang dalam usia bekerja untuk memacu pertumbuhan berkelajuan tinggi yang menjadikannya enjin ekonomi global.



Kekurangan buruh juga akan mengurangkan hasil cukai dan caruman kepada sistem pencen yang sudah berada di bawah tekanan amat besar.



Hasilnya, beberapa pakar berpendapat, mungkin mempunyai implikasi kepada aturan global, dengan populasi India bersedia mengatasi China tahun ini, menurut anggaran baru-baru ini dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Perkembangan ini sudah dijangkakan.



Pegawai China tahun lalu akur bahawa negara itu berada di ambang kemerosotan penduduk yang mungkin akan bermula sebelum 2025.



Namun ia berlaku lebih awal daripada jangkaan ahli demografi, statistik dan Parti Komunis yang memerintah China.



Pegawai telah mengambil langkah untuk cuba memperlahankan penurunan kelahiran.



Pada 2016, mereka melonggarkan dasar satu anak yang telah dilaksanakan selama 35 tahun, membolehkan keluarga mempunyai dua anak.



Pada 2021, mereka menaikkan had kepada tiga. Sejak itu, Beijing telah menawarkan pelbagai insentif kepada pasangan dan keluarga kecil untuk menggalakkan mereka mempunyai anak, termasuk pemberian wang tunai, pemotongan cukai dan juga konsesi hartanah.



Presiden China Encik Xi Jinping, baru-baru ini menjadikan isu itu sebagai keutamaan, menjanjikan "sistem dasar negara untuk meningkatkan kadar kelahiran".



Tetapi pada hakikatnya, pakar berkata, angka kelahiran China yang menjunam menunjukkan trend yang tidak dapat dipulihkan. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >