PENULARAN WABAK MERS
Bilangan pesakit baru di Korea S berkurangan
Penduduk dianjur kawal rasa takut, jalani kehidupan seperti biasa
Jun 13, 2015 | 05:30 AM
SEOUL: Korea Selatan semalam melaporkan kes kematian ke-11 akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers).
Namun para pegawai kesihatan menggesa orang ramai supaya meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa, sambil berkata bahawa kadar kes baru telah mula perlahan.