Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bimbang untuk perniagaan dan pengguna di UK akibat krisis Brexit mendalam

Aug 30, 2019 | 03:29 PM



LONDON (REUTERS) - Negara Britain mengalami kehilangan keyakinan oleh para peniaga dan para konsumer pada bulan Ogos akibat krisis Brexit yang semakin mendalam, menurut tinjauan yang menunjukkan bahawa pembaharuan politik telah menjejas keadaan ekonomi.



Tambahan pula, Barometer Perniagaan Lloyds Bank merosot kepada 1 peratus daripada 13 peratus pada bulan Julai, paras terendah sejak Disember 2011, ketika Britain masih berjuang untuk memulihkan ekonominya dari krisis kewangan sedunia.



Secara berasingan, sebuah kajian keyakinan pengguna yang dilaksanakan oleh syarikat penyelidikan pasaran GfK, menunjukkan juga, paras terendah sejak pertengahan tahun 2013 akibat sikap pesimisme yang mendalam terhadap ekonomi.



Laporan itu juga membuktikan bahawa ekonomi Britain akan menghadapi cabaran untuk melantun semula dari penguncupannya pada suku kedua, kali pertama ia menyusut sejak tahun 2012. 



Justeru itu, Britain akan mengalami kemelesetan jika keadaan ekonomi tidak dapat diperbaiki pada suku ketiga.



"Secara kesulurahan, kami telah melihat kemerosotan pada keyakinan perniagaan bulan ini, disertai dengan firma-firma yang kurang positif terhadap prospek perdagangan mereka," kata Hann-Ju Ho, ahli ekonomi kanan di Lloyds Bank Commercial Banking.



Keyakinan perniagaan merosot di setiap wilayah United Kingdom, kata Lloyds, terutamanya di rantau East Midlands, England di mana ekonominya bergantung kepada hasil perbuatan.



Di samping itu, para pengilang di Britain yang menyumbang kira-kira 10 peratus daripada ekonomi negara, serta masih mengalami kesukaran akibat kelembapan ekonomi sedunia, akan dilanda kesulitan terhadap rantaian bekalan mereka jika masalah Brexit tidak dipulihkan.



Lalu, kaji selidik GfK sekurang -14, adalah taraf paling lemah sejak Januari lalu. Semua komponen tinjauan, termasuk keyakinan pada status kewangan peribadi serta ekonomi, merosot pada bulan Ogos.



Sebelum ini, ia hanya lebih rendah pada pertengahan tahun 2013. 



"Sehingga perkataan "Brexit" meninggalkan halaman pertama di akhbar - bila-bila masa - pengguna boleh dimaafkan kerana merasa saraf bukan sahaja mengenai ekonomi yang lebih luas tetapi juga mengenai keadaan kewangan mereka," kata Joe Staton, pengarah strategi pelanggan di GfK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >