Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bintang pecut Afrika Selatan dijel 5 tahun kerana tembak temanita

Oct 21, 2014 | 05:11 PM



PRETORIA: Bintang pecut paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius, 27 tahun, telah dijatuhi dihukum penjara lima tahun kerana menembak mati teman wanitanya, Reeva Steenkamp, pada Hari Valentine, 14 Februari 2013.


Keputusan itu diumumkan Hakim Afrika Selatan, Encik Thokozile Masipa, sebentar tadi.


Hakim juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atasnya bagi kesalahan memiliki senjata api.


Hukuman ini bagaimanapun digantung.


Mendiang Reeva, 29 tahun, merupakan seorang model dan bintang tv realiti.


Bulan lalu, Hakim Masipa mendapat atlet tersebut melakukan pembunuhan tanpa niat selepas dia menembak teman wanitanya, Reeva Steenkamp melalui pintu bilik mandi pada sambutan Hari Kekasih, tahun lalu.


Hakim Masipa berkata, Pistorius "cuai dan bertindak tergesa-gesa ketika melepaskan tembakan ke arah pintu bilik mandi, khuatir sekiranya terdapat penceroboh di sebalik pintu itu".


Dalam mencapai keputusannya itu, hakim menyatakan, beliau cuba "mencapai keseimbangan antara balasan, pencegahan dan pemulihan".


Pihak pendakwa memohon Pistorius dipenjara 10 tahun sedang pihak peguambela memohon anak guam mereka dikenakan tahanan dalam rumah dan menjalankan khidmat masyarakat.


Pistorius yang kudung sebelah kaki menjadi atlit pertama yang bersaing di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik. - BBC




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >