Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BJP India gantung keanggotaan jurucakap susuli komen tentang Nabi Muhammad

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



MUMBAI: Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP), menyatakan ia telah menggantung keanggotaan jurucakapnya, Cik Nupur Sharma, sebagai respons kepada komen yang dibuatnya semasa perbahasan di televisyen mengenai Nabi Muhammad.



Dalam satu kenyataannya, BJP menyatakan di laman webnya bahawa parti itu menghormati semua agama.



"BJP mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terhadap personaliti agama dalam mana-mana agama," katanya.



Cik Sharma berkata di Twitter beliau telah menyatakan beberapa perkara sebagai respons kepada komen yang dibuat tentang tuhan Hindu tetapi tidak pernah berniat untuk menyakiti perasaan agama sesiapa.



"Sekiranya kata-kata saya telah menimbulkan rasa tidak selesa atau melukakan perasaan agama sesiapa, saya dengan tanpa syarat menarik balik kenyataan saya," katanya.



Seorang lagi jurucakap BJP, Encik Naveen Jindal, telah dipecat daripada parti itu kerana komen yang dibuatnya mengenai Islam di media sosial, umum pejabat BJP.



Encik Jindal berkata di Twitter bahawa beliau telah mempersoalkan beberapa komen yang dibuat terhadap tuhan Hindu.



"Saya hanya menyoal mereka tetapi itu tidak bermakna saya menentang mana-mana agama," katanya.



"Parti Bharatiya Janata juga menentang keras sebarang ideologi yang menghina atau merendahkan sebarang agama.



"BJP tidak mempromosi mereka atau falsafah yang sedemikian," kata kenyataan BJP itu lagi.



Komen Cik Sharma telah menimbulkan bantahan beberapa negara Islam, termasuk Qatar dan Kuwait.



Dalam satu kenyataannya, Pakistan berkata ia "mengutuk sekeras-kerasnya" kenyataan yang amat menghina itu.



"Pakistan sekali lagi menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil perhatian segera mengenai keadaan Islamofobia yang memburuk di India," katanya.



Kementerian Luar Qatar menyatakan ia telah memanggil duta India ke negara itu berhubung komen tersebut.



Kementerian itu juga berkata ia menyambut baik keputusan BJP untuk menggantung keanggotaan pegawai itu (Cik Sharma) tetapi mengatakan Qatar menjangkakan permohonan maaf secara terbuka dan kutukan segera terhadap kenyataan itu oleh pemerintah India.



Kuwait juga memanggil duta India dan menyatakan ia telah menyerahkan nota bantahan kepada duta itu dengan Kuwait mengecam kenyataan yang dibuat pegawai BJP itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >