Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Blinken gesa China berkomunikasi selepas insiden jet pejuang

Jun 01, 2023 | 04:24 PM



STOCKHOLM: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, pada Rabu lalu meminta Beijing supaya bersikap terbuka untuk berkomunikasi, berikutan satu insiden jet pejuang pada minggu lalu di mana beliau menyalahkan juruterbang China.


Tentera Amerika berkata juruterbang jet pejuang China, melakukan penerbangan agresif pada minggu lalu, berhampiran pesawat peninjau Amerika di ruang angkasa Laut China Selatan, dengan Beijing menuduh Amerika bertindak “provokatif” pada ketika itu.

Pentagon juga berkata, Menteri Pertahanan China, Encik Li Shangfu, enggan berunding dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, apabila mereka berada di Singapura pada minggu ini, untuk menghadiri acara tahunan Dialog Shangri-La.

Encik Blinken berkata, pesawat Amerika “melakukan penerbangan rutin di ruang angkasa antarabangsa.”

Insiden seperti ini telah berlaku beberapa kali, bukan sahaja terhadap kami tetapi juga lain-lain negara, beberapa bulan kebelakangan ini,” kata beliau kepada wartawan semasa lawatannya ke Sweden.

“Saya fikir inilah sebab pentingnya kita harus kerap mengadakan komunikasi secara terbuka, termasuk antara menteri pertahanan kedua-dua negara,” kata Encik Blinken.

“Adalah amat membahayakan jika tiada komunikasi di antara kita, yang akhirnya nanti menimbulkan salah faham,” ujar beliau.

“Seperti yang sudah dikatakan berulang kali, walaupun kita giat bersaing dengan China, kita juga mahu memastikan ia tidak mencetuskan konflik dan lebih penting lagi kita harus memulakan komunikasi secara berterusan.”:

Encik Blinken membatalkan jadual lawatannya ke Beijing pada Februari lalu, selepas Amerika Syarikat berkata mereka mengesan belon pengintip dari China di ruang angkasa dalam negeri Amerika. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >