Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken tangguh lawat China gara-gara insiden belon perisikan

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, memutuskan untuk menangguhkan lawatannya ke China - yang sepatutnya bermula kelmarin - setelah belon pengintip milik Beijing dikesan tentera Amerika di ruang udara di negeri Montana.



Belon yang disyaki terbang merentasi ruang udara Amerika itu disifatkan Washington sebagai bukti pencerobohan kedaulatan negara berkenaan.



Jurucakap Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, berkata Presiden Amerika, Encik Joe Biden, sudah diberikan taklimat mengenai kewujudan belon itu Selasa lalu sebelum barisan pentadbiran secara sepakat memutuskan adalah tidak wajar untuk meneruskan lawatan ke China buat masa ini.



China dalam pada itu telah mengakui belon tersebut sebenarnya adalah 'pesawat udara' miliknya dan menyatakan ia digunakan bagi tujuan meteorologi awam dan misi saintifik namun telah tersasar ke ruang udara Amerika.



Mengulas mengenai perkara tersebut, Cik Jean-Pierre berkata, pentadbiran Amerika menyedari kenyataan China berhubung perkara berkenaan namun kekal menyifatkan kehadiran belon terbabit di ruang udara negara itu jelas melanggar kedaulatan serta undang-undang antarabangsa.



"Perkara ini tidak boleh diterima," katanya.



Sementara itu, menurut Pentagon, pihaknya kini sedang menjejaki belon pengawasan beraltitud tinggi di atas benua Amerika.



Pihak berwajib Amerika memaklumkan, tentera menimbang untuk menembak jatuh belon itu di Montana pada Rabu lalu, namun memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana bimbang risiko keselamatan yang tercetus akibat serpihannya.



Belon itu berlegar di ruang udara Montana, lokasi 150 peluru berpandu balistik bersenjatakan kepala peledak nuklear antara benua disimpan di pangkalan tentera utara, menurut akhbar Wall Street Journal.



Insiden sama pernah berlaku sebelum ini, namun kali ini belon itu dilihat kekal berada di ruang udara wilayah Amerika lebih lama berbanding biasa.



Kementerian Luar China berkata semalam, penerbangan "pesawat udara" China ke atas Amerika itu adalah "kemalangan yang tidak dapat dielakkan", dan menuduh ahli politik dan media Amerika mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk memburukkan China.



"China sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa dengan tegas dan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.



Ia berkata Beijing dan Washington tidak mengumumkan sebarang lawatan oleh Encik Blinken dan bahawa "pengumuman Amerika adalah perkara mereka sendiri dan kami menghormatinya".



Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangannya, lapor Agensi Anadolu, semalam.



"Kami bimbang apabila terdapat ketegangan yang memuncak antara China dan AS dan ini adalah perkara yang sering dirujuk oleh Setiausaha Agung dalam banyak ucapannya.



"Khusus mengenai insiden ini, jelas sekali kedua-dua pihak perlu mengatasinya. Tetapi memandangkan peranan kedua-dua negara sebagai peneraju kepemimpinan global, saya fikir adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk meredakan ketegangan," kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita. - Agensi berita




AMERIKA, CHINA BERBALAS KENYATAAN



"Perkara ini tidak boleh diterima."
- Cik Karine Jean-Pierre, Jurucakap Rumah Putih.



"China sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa dengan tegas dan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara."
- Kenyataan Kementerian Luar China, yang menyifatkan penerbangan "pesawat udara" China ke atas Amerika itu adalah "kemalangan yang tidak dapat dielakkan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >