Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BN dilapor bincang cari pengganti Muhyiddin selepas usulan perintah darurat ditolak Agong Msia

Oct 26, 2020 | 08:14 PM



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno sedang membincangkan pada Isnin (26 Oktober) mengenai kemungkinan menggantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilanda masalah dengan seorang Ahli Parlimen kanan daripada parti tersebut.



Akhbar The Straits Times difahamkan Tan Sri Muhyiddin sedang menimbangkan untuk bersara pada Ahad malam selepas Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menolak permintaannya bagi melaksanakan perintah darurat.



Namun, Tan Sri Muhyiddin dikatakan dipujuk sekutu rapatnya agar kekal sebagai Perdana Menteri hingga huraian ditemui.



“Muhyiddin rasa tergugat apabila Sultan Abdullah menolak usulannya tetapi beliau enggan mengikut jejak langkah Mahathir,” kata satu sumber, merujuk kepada pengunduran mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, pada Februari lalu, lapor The Straits Times.



Pengunduran Mahathir membuatkan Malaysia dibelenggu kekecohan politik seminggu sebelum Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru pada 1 Mac.



Difahamkan Umno kini mempercayai bahawa ia boleh mengambil-alih kuasa jika calon yang sesuai ditemui dan satu rundingan dapat dicapai dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tan Sri Muhyiddin.



Beberapa mesyuarat tanpa henti dikatakan telah dihadiri Tan Sri Muhyiddin dengan pemimpin tertinggi kerajaan sedang pentadbirannya dibelenggu permasalahan.



Ketua parti Perikatan Nasional (PN), di mana BN membentuk komponen terbesar, hadir di Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.



Namun, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, tidak hadir. Beliau sejak beberapa minggu lalu telah memberi ancaman Umno tidak akan lagi menyokong Encik Muhyiddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >