Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

BN lawan PKR dalam pilihan raya kecil Sarawak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

BN lawan PKR dalam pilihan raya kecil Sarawak

Mar 17, 2014 | 01:09 PM

MUKAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, pada 29 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Parti Keadlian Rakyat (PKR).

BN menampilkan Encik Yussibnosh Balo, 47 tahun, sementara PKR pula mencalonkan Encik Abdul Jalil Bujang, 55 tahun, bagi pilihan raya kecil ini.

Hal ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili, sebentar tadi.

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).

Sementara itu, proses penamaan calon pagi ini berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekali gus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak. - BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3