Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BN menang besar di Johor

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



JOHOR: Seperti yang diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali gus bakal membentuk kerajaan apabila dijangka menang lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 9 malam tadi.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata BN sedang mendahului atau memenangi 43 daripada 56 kerusi yang dipertanding. Antara DUN yang dimenangi atau didahului ialah Endau, Kahang, Paloh, Yong Peng, Sri Medan, Kemelah, Senggarang, Tenggaroh, Bukit Naning.



Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat membentuk Kerajaan Negeri Johor selepas memenangi 36 kerusi DUN dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memperoleh 14 kerusi; Parti Amanah Negara (sembilan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) lima, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (lapan).



BN mendapat 19 kerusi manakala Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya satu kerusi.



Laporan lanjut: PM M'sia: Terima keputusan pilihan raya



Ikuti laporan terkini di laman beritaharian.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >