PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK
BN menang Sarawak
May 08, 2016 | 05:30 AM
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak malam tadi berjaya memperbaharui mandat membentuk semula kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sehingga malam tadi, BN Sarawak, yang diterajui pengerusinya Tan Sri Adenan Satem, disahkan menang 72 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).