MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA
BN, pembangkang dilihat tabur hadiah dan 'gula-gula' kepada pengundi
Apr 17, 2018 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia kelmarin menyatakan bahawa para pemandu teksi mempunyai masa tiga bulan untuk mengambil 67,000 kad bahan api percuma bernilai RM800 ($270), berikutan kekecohan di kaunter-kaunter yang ditubuhkan Jumaat lalu yang menyebabkan 30 pemandu cedera.
Program tersebut akan menelan belanja RM53.6 juta di pihak kerajaan dan dilihat sebagai sebahagian daripada hadiah dan 'gula-gula' yang diberikan ahli politik menjelang pilihan raya umum.