Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

BN, PN mahu hidupkan projek HSR KL-SG jika menang

Mar 05, 2022 | 07:13 AM



KUALA LUMPUR: Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah antara projek yang akan diberi keutamaan oleh kerajaan baru Johor yang bakal dilantik. Janji ini terkandung dalam manifesto berasingan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), dua parti utama yang sedang bersaing sengit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.



Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengerusi PN yang juga pengerusi Majlis Pemulihan Negara, juga berjanji akan membuka sempadan dengan Singapura secepat mungkin bagi memulihkan ekonomi Johor, yang merudum sejak pandemik Covid-19.



"Projek HSR membawa faedah untuk negara dan juga Singapura. Jika Singapura mahu berunding semula kita bersedia tetapi bukan berdasarkan perjanjian yang dimeterai oleh (mantan perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak).



"Saya percaya projek HSR ini boleh membawa perubahan besar pada Johor dan kami mahu melakukannnya," ujar beliau.



Projek HSR dibatalkan pada Januari 2021 sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri kerana dua negara itu tidak dapat mencapai persetujuan tentang perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum tempoh persetujuan projek tamat pada 31 Disember 2020.



Akibatnya, Malaysia membayar ganti rugi $102.8 juta kepada Singapura bagi kos pembangunan projek yang telah dibelanjakan dan juga pertangguhan projek itu. Bagaimanapun, tidak sampai setahun kemudian, pada November tahun lalu, sewaktu kunjungan rasminya ke Singapura, Perdana Menteri semasa, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mencadangkan pada Perdana Menteri Lee Hsien Loong agar dihidupkan semula projek HSR.



Tan Sri Muhyiddin mendakwa sewaktu menjadi Perdana Menteri beliau mengkaji beberapa model lain sekiranya Singapura enggan meneruskan rundingan projek HSR.



"Jika Singapura tidak mahu turut serta, kita telah membuat penilaian bahawa melalui HSR Sdn Bhd projek ini masih lagi menguntungkan tetapi akan mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan semula modal pelaburan.



"Saya juga bercadang untuk menyambung landasan HSR bukan setakat berhenti di Kuala Lumpur tetapi hingga ke Bangkok malah ke negara-negara lain di rantau ini," kata beliau.



Kepentingan projek HSR pada ekonomi Johor turut disuarakan oleh BN sewaktu melancarkan manifesto parti itu.



"Kita mesti menghidupkan semula projek ini dengan beberapa pendekatan baru. Kami yakin pelaksanaan projek ini akan membawa banyak faedah pembangunan pada Muar, Batu Pahat dan sudah tentu Johor Bahru," kata Datuk Hasni Mohammad, pengerusi BN Johor, bekas Menteri Besar sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubar.



Menurut beliau, BN juga sedang mengkaji usaha meningkatkan mutu perkhidmatan bas dan kereta api Johor Bahru-Singapura.



BN dan PN bertanding di kesemua 56 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan Johor. BN gabungan parti Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), sementara PN terdiri daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).



Kempen pilihan raya akan berakhir pada 11 Mac, sementara hari mengundi ialah 12 Mac.




"Projek HSR membawa faedah untuk negara dan juga Singapura. Jika Singapura mahu berunding semula kita bersedia tetapi bukan berdasarkan perjanjian yang dimeterai oleh (mantan perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya percaya projek HSR ini boleh membawa perubahan besar pada Johor dan kami mahu melakukannnya."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional (PN).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >