Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA

BN ramal rebut 18 daripada 28 kerusi yang dipertanding

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



MELAKA: Barisan Nasional (BN) meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.



Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berdasarkan kajian sikap dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan.



Katanya, ia juga bersumberkan data pengundi yang konsisten memilih BN sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) sehingga PRU-14.



"Kalau boleh kita nak menang 20 kerusi, kita cuba untuk kekalkan yang 13 kerusi (dimenangi pada PRU-14) dan kita punya sasaran adalah kepada tumpuan lima lagi kerusi, (menjadikan keseluruhan) 18 kerusi.



"Tetapi jika kita dapat melepasi 15 kerusi (majoriti mudah untuk membentuk kerajaan), pun dah syukur alhamdulillah, kita boleh tubuhkan kerajaan kita sendiri.



"Maka, untuk mendapatkan satu kerajaan yang stabil, kita mesti tubuh kerajaan di atas kekuatan kita sendiri. Maka, kita tak akan terus setiap hari diancam, diugut nak tarik diri. Kalau selagi perkara itu berlaku, kerajaan tak akan stabil," katanya dalam laporan yang disiarkan Berita Harian Malaysia (BHM), kelmarin.



Pada PRN Melaka ini, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, Umno bertanding di 20 kerusi, tujuh Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan satu Kongres India Malaysia (MIC).



Pada PRU-14 pada 2018 lalu, Umno menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.



Ditanya sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, Datuk Seri Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) saja.



"Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa, tak bermaksud dengan PN saja, dengan sesiapa boleh. Apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, Umno tak boleh. Ibarat 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. 'Jangan tutup pintu rapat sangat'," katanya.



Selain itu, Datuk Mohamad berkata bagi meremajakan parti dan mempamerkan keterbukaan, BN mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan calon pada PRN Melaka bagi memenuhi selera pengundi.



"Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.



"Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada Umno. Parti lain menggamit anak muda seperti DAP (Parti Tindakan Demokratik), PKR (Parti Keadilan Rakyat), Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PAS (Parti Islam SeMalaysia). Umno masih duduk dalam 'gua' dia, tak boleh.



"Maka, PRN ini melambangkan yang Umno benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, tetapi inilah wajah Umno yang nak saya bawa," katanya.



PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.



SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >