RAKYAT Pulau Pinang bakal menikmati pelbagai ganjaran berupa insentif dan program pembangunan yang mampu meningkatkan mutu kehidupan mereka sebaik Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri pulau mutiara itu.
Menerusi Manifesto "Selamatkan Pulau Pinang", perikatan parti kerajaan itu menggariskan enam teras utama serta 60 'akujanji' yang memastikan pentadbiran dan pembangunan negeri bergerak pada hala tuju yang jelas dan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.