Subuh
5:46
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

'BN tidak boleh bergantung pada kerusi selamat'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

'BN tidak boleh bergantung pada kerusi selamat'

Jul 30, 2022 | 05:30 AM

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata formula mengekalkan kerusi tradisi atau 'kerusi selamat' tidak boleh lagi diguna pakai sekiranya Barisan Nasional (BN) Johor mahu menang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini tidak akan dapat dilakar semula dalam PRU15 jika masih menggunakan formula itu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata ini kerana terdapat kawasan yang tidak lagi menjadi 'simpanan tetap' gabungan itu seperti di Johor timur antaranya di Kawasanundi Parlimen Pengerang, Kota Tinggi, Tenggara dan Mersing.

"Saya tidak menolak terdapat kemungkinan di sesetengah kerusi cabaran bertanding adalah lebih berbanding tempat lain. Menjelang PRU15 ini kita tidak boleh mengambil mudah setiap kerusi yang dipertandingkan.

"Di Johor, kita tidak menggunakan pendekatan kerusi tradisi. Jadi kita kena kerja kuat di semua kerusi. Sebagai contoh, kita tidak mahu pengalaman di Mersing apabila hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau (dalam PRN Johor)," katanya dalam sidang akhbar lewat malam kelmarin.

Datuk Hasni, yang juga Pengerusi Umno Johor, berkata setiap bahagian BN di negeri ini perlu menggunakan kaedah berbeza terutama melibatkan pembahagian kerusi dalam menarik sokongan rakyat.

Menurutnya, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti kelmarin menjadi salah satu tanda PRU ke-15 semakin hampir.

Datuk Hasni tidak menolak PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat.

Malah tanggapan dikuatkan selepas memorandum persefahaman (MoU) 2.0 antara parti tidak disambung.

"Kenapa ada MoU antara semua parti? Kerana menjamin kestabilan, jamin keadaan terkawal dalam Parlimen.

"Kalau tidak sambung, ia tentu perlu diganti dengan sesuatu yang dapat jamin kestabilan yang lebih baik.

"Itu yang saya setuju dengan itu tanda PRU akan segera diadakan," katanya.

Menurutnya lagi, BN tidak boleh ambil mudah dan perlu bekerja kuat untuk 26 kerusi Parlimen di Johor.

Datuk Hasni turut menjangka PRU15 di Johor akan membariskan lebih 70 peratus muka baharu.

Sebelum ini Datuk Hasni, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benut, mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU15 nanti.

Bagaimanapun beliau menyerahkan keputusan akhir kepada pucuk pimpinan parti, yang menurutnya, sudah bersetuju membenarkan beliau bertanding kerusi Parlimen pada PRU15. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3