Bom di kondo tiada kaitan dengan IS
Zahid: Kes berupa salah laku jenayah bukan ancaman pengganasan
Apr 19, 2016 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana tidak ada kaitan dengan pengganas IS (atau ISIS).
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata insiden tersebut adalah salah laku jenayah dan bukan ancaman pengganasan.