Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Bom meledak sedang rakyat Mesir mula mengundi

Dunia
28
0

Bom meledak sedang rakyat Mesir mula mengundi

Jan 14, 2014 | 04:32 PM

KAHIRAH: Satu ledakan bom berlaku di luar sebuah mahkamah Kahirah hari ini, sejurus sebelum pusat-pusat mengundi dibuka bagi satu pungutan suara perlembagaan yang diboikot oleh para penyokong presiden Mesir yang digulingkan, Encik Mohamed Mursi, menurut polis.

Bom kecil yang dibuat sendiri itu merosakkan bahagian muka bangunan mahkamah itu tetapi tidak ada seorang pun yang cedera, kata seorang jeneral polis.

Ia merupakan kejadian terbaru dalam satu siri serangan yang berlaku di Mesir sejak pihak tenteranya menggulingkan Encik Mursi pada Julai lalu.

Ia berlaku sedang ratusan ribu askar dan anggota polis dikerahkan di seluruh negara itu untuk mengawal pusat-pusat mengundi bagi pungutan suara selama dua hari itu.

Pemerintah Mesir yang dibentuk pihak tentera mengadakan pungutan suara itu dari hari ini hingga esok sebagai salah satu daripada beberapa langkah untuk mengembalikan semula pemerintahan yang dilantik rakyat menjelang akhir tahun ini. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3