Bom meletup dalam tandas di pusat beli-belah di Jakarta
Letupan beri kesan amat rendah dan tiada yang dilaporkan maut atau cedera
Feb 25, 2015 | 05:30 AM
DEPOK (Indonesia): Sebuah bom kecil meletup di dalam tandas lelaki di sebuah pusat beli-belah sibuk di pinggir Jakarta kelmarin.
Tiada seorang pun dilaporkan mati atau mengalami kecederaan dalam kejadian itu.