Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: Bomba Pahang bantu 260 penduduk terkandas banjir keluar mengundi

Nov 19, 2022 | 07:10 PM



KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada Sabtu (19 November), membantu membawa keluar lebih 200 penduduk kampung di Kuala Lipis dan Pekan dekat sini untuk mengundi selepas laluan keluar kampung itu dinaiki air.



Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata 240 pengundi di Kampung Binjai, Kuala Lipis dibawa keluar menggunakan bot secara berperingkat selepas jambatan di laluan utama kampung itu terjejas akibat banjir, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Sementara di Pekan, bantuan membabitkan 20 penduduk di Kampung Mentiga yang terkandas selepas jalan di kampung itu tidak selamat untuk dilalui.



"Operasi membawa penduduk di kedua-dua kampung itu juga membabitkan bantuan daripada pasukan penyelamat lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu. - BHM/Agensi Berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >