Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bot bawa pendatang karam di Selangor, sekurang-kurangnya 14 mati

Sep 04, 2015 | 10:33 AM



KUALA LUMPUR: Sebuah bot kayu sarat dengan berpuluh-puluh penumpang yang disyaki pendatang tanpa izin Indonesia karam di luar pantai Malaysia semalam, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang, 13 daripada mereka wanita, kata pegawai maritim.


Bot itu meninggalkan Sabak Bernam di Selangor untuk ke Sumatera apabila kemalangan tersebut berlaku.


Pasukan penyelamat mencari berpuluh-puluh warga Indonesia yang masih hilang beberapa jam selepas bot itu karam.


"Nelayan tempatan telah menyelamatkan 15 orang dan menemui 14 mayat di laut - 13 wanita dan seorang lelaki," kata ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Encik Mohamad Aliyas Hamdan.


"Kami telah mengerahkan 12 kapal dan sebuah kapal terbang bersama 200 pegawai untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa lain."


Agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata ia bersiap sedia untuk memberi bantuan kepada rakannya di Malaysia.


Kira-kira dua juta orang, kebanyakan dari Indonesia, bekerja di Malaysia secara haram, kerap menyeberangi selat sempit antara dua negara itu menggunakan kapal atau bot tidak kuat.


Bot itu karam di perairan bergelora di luar pantai barat Malaysia.


"Saya percaya bot itu karam kerana cuaca buruk dan ia penuh sesak," kata Encik Mohamad Aliyas.


Berdasarkan saiz bot itu, ia boleh membawa kira-kira 70 orang, tetapi nelayan tempatan berkata mungkin sehingga 100 orang berada di dalamnya, ujar beliau.


"Kami tidak pasti apakah pekerja asing itu cuba mendarat di Malaysia atau cuba meninggalkan Malaysia secara haram," tambah Encik Mohamad Aliyas. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >