Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Brazil beri kelulusan bagi vaksin denggi pertama di dunia

Dec 30, 2015 | 09:17 AM



BRASIILIA: Brazil menjadi negara Amerika Selatan pertama meluluskan vaksin demam denggi pertama di dunia, yang menurut syarikat Perancis pembuatnya berpotensi menyelamatkan ratusan nyawa di negara itu.


Penyakit serupa flu dan berpunca daripada nyamuk itu membunuh 839 orang di Brazil tahun ini dan dijangkiti lebih 1.5 juta orang di negara tersebut.


Keputusan Brazil pada Isnin (28 Dis) meluluskan vaksin baru itu, yang dikenali sebagai Dengvaxia, satu kejayaan buat syarikat farmaseutikal Sanofi Pasteur, yang kini telah menerima kelulusan daripada pengawal selia di tiga negara.


Mexico negara pertama meluluskannya pada 9 Disember, diikuti Filipina minggu lalu. Sanofi telah memohon kelulusan kawal selia di 20 negara di seluruh Asia dan Amerika Latin.


Vaksin itu berpotensi menjana pendapatan lebih AS$1 bilion ($1.4 bilion) setahun bagi syarikat tersebut.


Pemerintah Brazil berkata pengawal selia masih perlu menetapkan harga per dos vaksin itu, satu proses yang mengambil masa kira-kira tiga bulan secara purata.


Kajian semula berasingan perlu dilakukan bagi vaksin tersebut dimasukkan dalam pelan vaksinasi negara, ujar seorang pegawai Kementerian Kesihatan Brazil.


Terdapat empat jenis denggi.


Ujian klinikal - dijalankan ke atas 40,000 orang di 15 negara - mendapati Dengvaxia boleh mengimumkan dua pertiga daripada mereka yang berumur sembilan tahun dan lebih tua, meningkat hingga 93 peratus bagi jenis lebih teruk penyakit itu, demam denggi berdarah.


Denggi boleh mengakibatkan demam teruk, dengan sakit kepala, loya, muntah, sakit otot dan sendi, serta ruam kulit serupa demam campak.


Ia menjangkiti 400 juta orang setiap tahun, dan bentuk penyakit yang paling dahsyat membunuh 22,000 setiap tahun, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Penyakit itu boleh membawa maut, khususnya di kalangan kanak-kanak. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >