Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Brexit: Rasmi - Britain undi keluar daripada EU

Jun 24, 2016 | 02:19 PM



LONDON: Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), menurut keputusan rasmi satu pungutan suara pada Jumaat (24 Jun).



Keputusan itu memberi satu tamparan hebat ke atas EU dan merebakkan kebimbangan di pasaran sedang mata wang paun menjunam ke paras terendah dalam 31 tahun berbanding dolar Amerika.



Dalam persaingan sengit, kem 'Keluar' mendapat 52 peratus undi, manakala kem 'Kekal' 48 peratus, lapor BBC.



Dengan 374 daripada 382 keputusan daerah telah diisytihar, 16.8 juta undi berpihak pada 'Keluar' dan 15.7 juta untuk 'Kekal', lantas mustahil untuk kem 'Kekal' menang.



Pelabur bergegas menjual paun, minyak dan saham sedang Britain memasuki alam yang tidak diketahui, menjadi negara pertama keluar dalam sejarah 60 tahun EU.



Paun sterling jatuh ke kadar AS$1.3466, paling lemah sejak 1985.



Keputusan rakyat Britain itu sudah pasti akan menyegarkan semula kebimbangan kesan domino ke atas anggota lain EU dan kewibawaan blok itu, yang sedang bergelut dengan krisis kembar ekonomi dan pelarian.



Proses perceraian Britain daripada EU akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun dan menimbulkan keraguan mengenai masa depan London sebagai pusat kewangan global.



Perdana Menteri David Cameron akan menghadapi tekanan agar berundur dengan segera, dengan mantan mayor London, Encik Boris Johnson, pesaing beliau dalam parti pemerintah Conservative yang mengetuai kem 'Keluar', menjadi pilihan menggantikan beliau. - AFP, Reuter




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >