Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Brexit: Undian bermula, keputusan pertama dijangka awal pagi Jumaat

Jun 23, 2016 | 02:41 PM



LONDON: Undian telah dibuka bagi pungutan suara bersejarah Britain yang akan menentukan sama ada negara itu kekal dalam atau keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) - satu undian sengit yang diamati bukan di Eropah sahaja, bahkan seluruh dunia.



Tempat mengundi dibuka pada 7 pagi waktu tempatan pada Khamis (2 petang waktu Singapura). Terdapat sekitar 46.5 juta pengundi berdaftar, jumlah rekod dalam satu tinjauan British.



Selain pengundi British, rakyat 54 negara Komanwel, seperti Singapura, Malaysia, Brunei dan Sri Lanka, dan juga Ireland, mempunyai hak mengundi - satu warisan empayar British.



Perangkaan banci dari 2011 menunjukkan kira-kira 960,000 rakyat Komanwel yang tinggal di England dan Wales layak mengundi.



Undian akan ditutup pada 10 malam (5 pagi Jumaat waktu Singapura) dan keputusan pertama dijangka pada awal pagi Jumaat waktu tempatan.



Pungutan suara itu dijalankan selepas kempen empat bulan untuk memancing undi antara kem 'Kekal' dan 'Keluar'



Kebanyakan penguasa ekonomi, politik dan pertahanan - termasuk hampir semua pemimpin asing - menyertai seruan agar Britain kekal dalam EU, dan mereka mengeluarkan amaran buruk tentang padah jika negara itu keluar blok tersebut, yang lebih dikenali sebagai Brexit.



Peramal ekonomi berkata Brexit boleh membuat Britain mengalami kemelesetan, dengan seluruh dunia terdedah kepada riaknya.



Bagaimanapun, penyokong Brexit berhujah bahawa memutuskan hubungan EU akan memulihkan kedaulatan Britain dan memberi negara itu ruang mengurangkan imigresen, yang telah mencapai rekod tertinggi apabila penduduk negara Eropah, termasuk Poland, Romania dan Hungary, berbondong-bondong pergi ke Britain, yang lebih makmur.



Selepas beberapa minggu membimbangkan bagi kem 'Kekal' pimpinan Perdana Menteri David Cameron - apabila tinjauan menunjukkan mereka jatuh di belakang kem 'Keluar' - tinjauan baru hujung minggu lalu menunjukkan peluang dua kem itu berjaya dalam pungutan suara tersebut adalah sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >