Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Britain akan bekal Ukraine peluru berpandu jarak jauh

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Britain mengumumkan ia akan mengikut langkah Amerika Syarikat dengan membekal sistem peluru berpandu jarak jauh ke Ukraine, tanpa menghiraukan amaran Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, supaya tidak membekalkan Kyiv dengan senjata canggih itu.



Kementerian Pertahanan Britain semalam berkata London telah menyelaraskan secara rapat dengan Washington berhubung pembekalan sistem roket pelbagai pelancaran, yang dikenali sebagai MLRS, untuk membantu Ukraine mempertahan negara itu daripada pencerobohan Russia.



Pelancar M270, yang boleh menyerang sasaran sehingga 80 kilometer dengan roket berpandu berketepatan tinggi, akan "menawarkan peningkatan ketara dalam keupayaan tentera Ukraine," tambah kementerian itu.



Pada minggu lalu, Amerika mengumumkan akan memberi Kyiv sistem roket artileri mobiliti tingginya dikenali sebagai Himars, yang boleh melancar beberapa peluru berpandu secara serentak dan lebih tinggi mutunya dari segi jarak dan ketepatan berbanding sistem sedia ada yang dimiliki Ukraine.



Namun, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menolak supaya membekalkan Ukraine dengan sistem yang boleh menyerang sasaran di Russia, walaupun Kyiv menuntutnya berulang kali.



Walaupun begitu, langkah Amerika itu mendorong Encik Putin memberi amaran sebelum ini bahawa Moscow akan menyerang "sasaran" baru yang tidak ditentukan jika pihak Barat membekalkan peluru berpandu ke Ukraine dan berkata penghantaran senjata baru ke Kyiv bertujuan "melanjutkan lagi pertikaian".



Namun, dalam mengumumkan sumbangan terbaru Britain itu, Setiausaha Pertahanan, Encik Ben Wallace, menegaskan bahawa sekutu Barat mesti mengekalkan penghantaran senjata mereka ke Ukraine bagi membolehkannya "menang" dalam perangnya menentang tentera Russia yang menceroboh.



"Britain berdiri bersama Ukraine dalam perjuangan ini dan memainkan peranan utama dalam membekalkan tentera kewiraannya dengan senjata penting yang mereka perlukan untuk mempertahan negara mereka daripada pencerobohan tanpa provokasi," katanya dalam satu kenyataan.



"Sedang muslihat Russia berubah, begitu juga sokongan kita kepada Ukraine. Sistem roket berbilang pelancaran yang bertepatan tinggi ini akan membolehkan rakan Ukraine kita melindungi diri mereka dengan lebih baik daripada penggunaan artileri jarak jauh yang kejam, yang telah digunakan tentera Putin secara sembarangan untuk memusnahkan bandar-bandar."



Tentera Ukraine akan dilatih tentang cara menggunakan pelancar baru itu di Britain, supaya mereka boleh "memaksimumkan keberkesanan sistem itu", kata kementerian pertahanan Britain.



London setakat ini menawarkan lebih £750 juta ($1.29 bilion) dalam bentuk sokongan ketenteraan kepada Ukraine, termasuk menghantar sistem pertahanan udara, ribuan peluru berpandu antikereta kebal dan pelbagai jenis peluru, ratusan kenderaan perisai dan peralatan lain. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >