Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain akan izin ibu bapa batal pasport anak remaja bagi elak mereka sertai militan

Oct 19, 2015 | 02:25 PM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, akan melancarkan satu strategi baru pada Isnin (19 Okt) yang bertujuan menentang fahaman militan dan menghalang rakyat muda Britain pergi ke Syria.


Langkah utama rancangan itu termasuk membenarkan ibu bapa membatalkan pasport anak mereka yang berumur 16 dan 17 tahun, dan melarang mereka yang telah disabitkan kesalahan pengganasan dan ekstremisme bekerja dengan kanak-kanak dan orang-orang mudah terpengaruh.


Polis berkata ia telah berjaya mematahkan beberapa serangan militan di Britain, manakala beratus-ratus rakyat Britain dipercayai telah pergi ke Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), meningkatkan kebimbangan bahawa tidak cukup dilakukan bagi menentang ekstremisme.


Seorang budak lelaki berusia 15 tahun, dipercayai warga termuda Britain disabitkan dengan pengganasan, dijatuhi hukuman minimum penjara lima tahun awal bulan ini kerana merancang "pembunuhan ramai-ramai' yang diilhamkan ISIS semasa perbarisan Hari Anzac di Australia.


Langkah membenarkan ibu bapa membatalkan pasport anak mereka yang berusia 16 dan 17 tahun menyusuli projek percubaan yang berjaya melibatkan anak di bawah 16 tahun, ujar Downing Street. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >